KOTA KINABALU: Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah mengalami kelewatan kerana beberapa faktor utama antaranya pandemik COVID-19 dan penduduk enggan berpindah, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Rabu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan rantaian bekalan bahan untuk projek berkenaan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.
Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata projek berkenaan juga berdepan kedegilan penduduk yang terlibat untuk berpindah walaupun telah menerima pampasan, bagaimanapun kerajaan pada masa ini masih bertimbang rasa memberi ruang penduduk terbabit tinggal di rumah mereka hingga pandemik COVID-19 reda.
"Kerajaan sedang berusaha menyusun semula perancangan bagi mempercepatkan projek ini supaya projek ini dapat disiapkan lebih cepat daripada jadual," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2022 Sabah.
Lebuh Raya Pan Borneo Sabah terdiri daripada tiga fasa projek dan sebagai permulaan sebanyak 35 pakej kerja dilaksanakan dalam fasa satu projek membabitkan jarak 706 kilometer.
Bung Moktar berkata kerajaan sentiasa memantau kualiti dan cara kerja kontraktor terlibat dengan projek itu bagi memastikan masalah seperti paip pecah, jalan becak, jalan rosak dan banjir akibat projek itu tidak menyusahkan kehidupan rakyat.
"Sekiranya kontraktor gagal melakukan kerja penyelenggaraan seperti dinyatakan dalam kontrak, kerajaan akan melantik pihak ketiga untuk melakukan kerja tersebut dan kontraktor menanggung sepenuhnya kos kerja dilakukan pihak ketiga," katanya.
Sementara itu, beliau berkata perbelanjaan perbekalan RM770.1 juta dan pembangunan RM244.97 juta diperuntukkan kepada kementeriannya dalam belanjawan itu tidak mencukupi untuk mengatasi sepenuhnya masalah infrastruktur asas di Sabah terutama jalan raya dan bekalan air.
"Mahu atasi masalah bekalan air sahaja pun kita perlu peruntukan berbilion ringgit tetapi kita kena faham kerajaan negeri tidak mampu, jadi kita buat yang terbaik...kita akan pastikan walaupun berdepan situasi ini kita ada komitmen dan kesungguhan untuk selesaikan masalah ini untuk rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Bung Moktar Radin berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan rantaian bekalan bahan untuk projek berkenaan terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini. -Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur
Zulkarnain berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.
UMNO Sabah, Warisan beri gambaran wujud kerjasama menuju PRN
Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, UMNO Sabah dan Parti Warisan (Warisan) dilihat bakal mewujudkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette pada 29 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 29 Dis untuk pengurusan kes berhubung pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri daripada tiga pertuduhan rasuah.
Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan
Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.