awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penggunaan ICU hospital kerajaan di Johor sudah melebihi kapasiti

Nailah Huda
Nailah Huda
04/05/2021
10:01 MYT
COVID-19: Penggunaan ICU hospital kerajaan di Johor sudah melebihi kapasiti
Jelas Vidyananthan, 12 hospital kerajaan di Johor beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19, termasuk Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang. - Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital kerajaan di Johor bagi merawat pesakit COVID-19 telah melebihi kapasiti.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Vidyananthan Ramanadhan, berkata statistik semalam menunjukkan 49 pesakit dirawat di ICU di enam hospital berpakar negeri itu.
Jelas beliau, ia melebihi bilangan 43 katil ICU COVID-19 dikhususkan di negeri itu, sekali gus menjadikan kapasiti penggunaan katil ICU bagi merawat pesakit COVID-19 kini mencecah 114 peratus.
Katanya, daripada 49 pesakit berkenaan, 39 memerlukan bantuan pernafasan.
“Kekangan kepada pembukaan lebih banyak bilangan katil ICU COVID-19 berpunca daripada kekurangan sumber manusia.
“Dalam masa yang sama, terdapat pesakit kritikal bukan COVID-19 yang memerlukan rawatan rapi di ICU pada masa ini,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Bermula 1 April lalu, semua 12 hospital kerajaan di Johor beroperasi sebagai hospital hibrid COVID-19 yang merawat pesakit COVID-19 serta pesakit bukan COVID-19.
“Ini bagi menampung keperluan merawat bilangan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat di Johor,” ujarnya.
Johor hari ini merekodkan 336 kes positif COVID-19, negeri keempat dengan kes tertinggi selepas Selangor (675), Sarawak (620) dan Kuala Lumpur (408).
Jelas Vidyananthan, Johor menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan warga sekolah melibatkan guru dan pelajar serta aktiviti sosial melibatkan ahli keluarga.
“Kebanyakan kes adalah akibat penularan dalam rumah ekoran daripada aktiviti sosial keluarga, di mana ramai ahli keluarga dari jauh bertemu dan berkumpul untuk bermesra dalam rumah.
“Masih ada keluarga yang mengadakan aktiviti sosial seperti berkumpul di pusat hiburan, kenduri kahwin dan aktiviti riadah lain secara berkumpulan," katanya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta penjagaan kebersihan.
Topic Berkaitan
#Johor
#COVID-19
#ICU
#unit rawatan rapi
#pandemik
#bantuan pernafasan
#PKP
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan