awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penurunan ketara kes kategori 4 dan 5 lima babit warga emas

Bernama
Bernama
19/07/2021
16:12 MYT
COVID-19: Penurunan ketara kes kategori 4 dan 5 lima babit warga emas
Dr Noor Hisham berkata, trend penurunan itu didapati selaras dengan permulaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Gambar fail/ Facebook @Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Data terkini Hospital Sungai Buloh hingga Ahad menunjukkan, penurunan ketara kemasukan kes jangkitan serius (kategori 4 dan 5) dalam kalangan warga emas, bermula pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-23.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend penurunan itu didapati selaras dengan permulaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang dimulakan seawal April lepas dan mula menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanannya sejak ME ke-22.
Berdasarkan graf yang dilampirkan dalam kenyataan medianya, sebagai contoh, pesakit berusia 60 hingga 79 tahun, seramai 217 pesakit dimasukkan ke hospital bagi kes positif COVID-19 kategori berkenaan pada ME ke-21, sebelum menurun kepada 125 pesakit pada ME ke-23, manakala terkini pada ME ke-28 adalah 119 pesakit.
Kategori 4 adalah pesakit yang menghidap radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, sementara kategori 5 merupakan pesakit yang kritikal serta memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan, bermula 17 Julai 2021, warga emas (individu berusia 60 tahun dan ke atas) yang masih belum mendapatkan janji temu vaksin, boleh hadir terus atau 'walk in' di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mendapatkan suntikan vaksin pada hari yang sama.
"Selain itu, PPV juga akan terus beroperasi pada setiap hujung minggu termasuk cuti umum. Tindakan-tindakan ini selaras dengan komitmen Kementerian Kesihatan, dalam membina imuniti kelompok dalam kadar yang segera," katanya menerusi kenyataan media berhubung perkembangan semasa COVID-19 pada Isnin.
Justeru, beliau menasihatkan masyarakat, supaya menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan, serta sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses pengambilan vaksin di PPV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#warga emas
#pesakit
#jangkitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan