awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI
WEF2026: Empat realiti AI yang sering disalah faham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli

Bernama
Bernama
21/01/2026
13:00 MYT
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
Johari Abdul (dua, kanan) bersama Dr Zulkifli (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Program RAKAN di Surau Blok Pentadbiran, Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Ringkasan AI
  • Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu tanpa kaitan politik, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan.
  • Dakwaan akaun Facebook masjid di Rawang berkaitan politik disiasat JAIS; Sultan Selangor arahkan masjid bebas daripada pengaruh politik.
  • Program RAKAN bertujuan wujudkan majlis ilmu berterusan di Parlimen, termasuk kuliah, berbuka puasa, dan kemasyarakatan untuk mengimarahkan surau.

Penegasan itu dibuat Zulkifli susulan dakwaan satu akaun Facebook milik sebuah masjid di Rawang telah memuat naik hantaran didakwa mengandungi unsur berkaitan parti politik.
"Saya masih belum dapat maklumat lengkap berhubung perkara ini, namun nasihat saya sampaikan ilmu yang terus fokus untuk membina negara, bukan urusan lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Raih Keberkatan Ramadan (RAKAN) di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Program itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, yang turut dihadiri Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Dr Hasan Bahrom dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata JAIS sedang menjalankan siasatan terhadap pengendali akaun Facebook terbabit susulan dakwaan kandungan media sosial rasmi rumah ibadat itu mempunyai unsur parti politik.
Mohd Shahzihan berkata perkara berkenaan bertentangan dengan hasrat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar setiap masjid dan surau di negeri berkenaan bebas daripada pengaruh politik kepartian.
Mengulas mengenai Program RAKAN, Zulkifli berkata program yang diadakan buat julung-julung kalinya di Parlimen itu bertujuan mewujudkan penganjuran majlis ilmu secara berterusan yang bukan hanya tertumpu pada bulan Ramadan, sebaliknya dilaksanakan sepanjang persidangan Parlimen.
"Jadi, kita bukan hanya bergerak pada bulan Ramadan, tetapi melangkaui bulan itu. Majlis ilmu ini akan digerakkan oleh YADIM bersama-sama Parlimen Malaysia dan MAIWP yang akan membantu aspek lain," katanya.
Beliau berkata program berkenaan bukan sahaja merangkumi kuliah dan pengisian keilmuan, malah turut menyelitkan aktiviti lain seperti program berbuka puasa dan program kemasyarakatan, selaras dengan usaha mengimarahkan surau di Parlimen melalui pengisian yang bermanfaat.
Sementara itu, Johari merakamkan penghargaan kepada YADIM dan MAIWP atas kerjasama menjayakan program berkenaan serta mengajak warga Parlimen termasuklah petugas, pegawai dan Ahli Parlimen untuk datang ke surau bagi menimba ilmu daripada pendakwah yang berwibawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Dewan Rakyat
#Ramadan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan