awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peruntukan RM128 juta Pakej Selangor Prihatin, tumpu petugas barisan hadapan

Nailah Huda
Nailah Huda
20/03/2020
02:51 MYT
COVID-19: Peruntukan RM128 juta Pakej Selangor Prihatin, tumpu petugas barisan hadapan
Amirudin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Selangor yang antara lain memberi tumpuan terutamanya kepada petugas kesihatan di barisan hadapan dalam menangani COVID-19.
Kerajaan negeri Selangor pada Jumaat umum memperuntukkan RM127.78 juta dalam Pakej Selangor Prihatin bagi meringankan beban kesulitan ekonomi akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pembiayaan tersebut adalah hasil daripada perbendaharaan negeri serta sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh anak-anak syarikat Selangor.
Pakej rangsangan ekonomi tersebut yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini memberi tumpuan terutamanya kepada petugas kesihatan di barisan hadapan dalam menangani COVID-19, serta peniaga dan pelajar di negeri itu.
Meringankan beban petugas di barisan hadapan
"Kerajaan negeri menginsafi betapa petugas-petugas kesihatan bertungkus-lumus berkhidmat dan ada di antara mereka terus bertugas tanpa cuti dihimpit kemelut wabak ini," umum beliau.
Peruntukan tersebut termasuk insentif one-off sebanyak RM200 seorang dan bantuan makanan semasa bertugas yang diluluskan kerajaan untuk membantu 6,000 petugas kesihatan di hospital-hospital seluruh negeri, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.2 juta.
Bantuan makanan tersebut berterusan sehingga berakhirnya PKP pada 31 Mac 2020.
Bantuan bagi peniaga yang terjejas
Bagi membantu peniaga yang terkesan akibat hilang sumber pendapatan, kerajaan Selangor mengumumkan pengecualian sewa diberikan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis dengan peruntukan bernilai RM12 juta.
Kerajaan turut memperuntukkan RM40 juta untuk menyediakan pemberian khas secara one-off sebanyak RM500 bagi melancarkan aliran tunai masing-masing.
Peniaga boleh membuat permohonan untuk pemberian tersebut mulai 1 April sehingga 30 April 2020 dan mula menerima pemberian khas itu setelah tamat tempoh PKP.
Semua 40,000 peminjam skim HIJRAH Selangor turut diberi kelonggaran untuk menangguh bayaran balik pinjaman sebanyak tiga bulan ansuran.
Manakala 2,700 penyewa bawah skim Smart-Sewa pula boleh menangguh bayaran sewa sebanyak tiga bulan ansuran.
Kebajikan mahasiswa Selangor terbela
Selain itu, mahasiswa yang terkesan akibat PKP turut layak menerima bantuan dalam Pakej Prihatin Selangor.
"Mengambil kira saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelajar-pelajar Selangor yang menuntut di institusi pendidikan tinggi (IPT) tidak lagi dibenarkan pulang ke halaman masing-masing.
"Dengan itu, bagi memudahcara urus diri mahasiswa Selangor yang terpaksa kekal di IPT masing-masing di Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri bersetuju menyediakan bantuan sara diri one-off RM200 seorang bagi 2,500 pelajar yang terkesan dengan larangan tersebut," kata Amirudin.
Manakala bagi pelajar Selangor di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej INPENS, satu Program Makanan Percuma ditubuhkan bagi mereka yang terpaksa kekal di kampus bermula 22 hingga 31 Mac 2020.
Bantuan bagi kesemua rakyat Selangor
"Kelonggaran turut diberikan kepada semua pembayar cukai untuk melewatkan pembayaran cukai tanah atau petak selama satu bulan tanpa sebarang bebanan kos pada pihak kerajaan negeri," umum Amirudin.
Selain itu, setiap 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan menerima kira-kira RM30,000 secara keseluruhan untuk sebarang perbelanjaan aktiviti mesra rakyat khusus untuk keperluan harian individu atau keluarga yang terkesan.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#coronavirus
#COVID-19
#insentif
#IPT
#koronavirus
#Menteri Besar
#pakej rangsangan ekonomi
#Pakej Selangor Prihatin
#pelajar
#pemberian khas
#peniaga
#penjarakan sosial
#perintah kawalan
#perintah kawalan pergerakan
#petugas barisan hadapan
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan