Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Felda Sahabat, Tungku, dekat sini ditingkatkan berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 yang dikesan sehingga kini di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan berikutan itu sebarang pergerakan keluar atau masuk tidak dibenarkan di Felda Sahabat ketika ini.
Beliau berkata langkah itu berterusan sehingga tugas-tugas penyaringan dan penyahkuman yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan terhadap semua penduduk Felda itu selesai.
"Semalam, tiga individu yang disahkan positif COVID-19 di Lahad Datu adalah penduduk di kawasan peneroka Felda, dan kita percaya mereka ini atau kontak rapat mereka ada membuat pergerakan ke kawasan sekitar Felda yang lain termasuk ke Bandar Cenderawasih," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya aktiviti ladang dan kilang di kawasan Felda juga akan dihentikan manakala operasi pasar raya, kedai makan dan pasar awam akan dihadkan.
Nasri berkata satu sistem penggiliran akan diwujudkan bagi memudahkan urusan pembelian dan penghantaran barang-barang keperluan di kawasan Felda itu.
Sehubungan itu beliau menasihatkan masyarakat Felda berkenaan supaya terus memberi kerjasama dan berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.
Beliau seterusnya menafikan dakwaan kawasan Felda itu akan diisytiharkan sebagai kawasan 'sekatan pergerakan 100 peratus' seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.
"Pihak polis cuma mengambil tindakan meningkatkan penguatkuasaan PKP di kawasan Felda berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020

Penguatkuasaan PKP di Felda Sahabat, Tungku, ditingkatkan berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 yang dikesan sehingga kini di kawasan berkenaan. -Gambar fail

Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas
Baginda berdua amat bersimpati dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu.

Bekas Presiden Filipina Duterte menang kerusi datuk bandar dalam pilihan raya pertengahan penggal - Keputusan awal
Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya.

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

31 daripada 34 projek sakit PR1MA berjaya disiapkan setakat April - Nga
Sebanyak 31 daripada 34 projek sakit Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di seluruh negara berjaya disiapkan merangkumi 20,470 unit kediaman setakat April lepas.

Terlalu takutkan jangkitan COVID-19, ibu bapa kurung anak lebih tiga tahun
Kes mengejutkan itu terbongkar hasil tindakan seorang jiran prihatin yang memerhati rumah berkenaan sejak pandemik COVID-19.

Masyarakat perlu bersaing dengan kepesatan teknologi - Menteri Sarawak
Masyarakat disaran supaya sentiasa menyaingi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat bagi mengelakkan mereka daripada risiko ancaman siber.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.

KKDW tingkat usaha promosi Tasik Kenyir
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

Forum media ASEAN-China platform penting perkukuh komunikasi serantau - Penganalisis
Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh saluran komunikasi rentas negara.

Nilai bitcoin junam bawah AS$75,0000
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.