awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Terus berbakti walau selepas kematian: Tubuh 'dihadiahkan', demi generasi doktor masa depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pulau Pinang pohon tambahan vaksin

Bernama
Bernama
23/08/2021
11:15 MYT
COVID-19: Pulau Pinang pohon tambahan vaksin
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat semalam, Pulau Pinang mencatat pencapaian suntikan dos pertama sebanyak 77.5 peratus untuk populasi dewasa manakala dos kedua adalah sebanyak 45.4 peratus. - Gambar fail BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memohon tambahan bekalan vaksin daripada kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok di negeri itu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat semalam, Pulau Pinang mencatat pencapaian suntikan dos pertama sebanyak 77.5 peratus untuk populasi dewasa manakala dos kedua adalah sebanyak 45.4 peratus.
"Kekangan bekalan vaksin yang dihadapi Pulau Pinang perlu diatasi segera memandangkan peningkatan kes harian yang memerlukan perhatian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pada 6 Ogos, kerajaan negeri memohon penambahan bekalan 500,000 dos vaksin namun hanya memperoleh tambahan bekalan sebanyak 210,000 dos.
"Justeru, sudah tiba masanya tumpuan turut diberikan kepada keperluan negeri-negeri di luar daripada program Greater Klang Valley (GKV) demi meningkatkan kadar vaksinasi semasa," katanya.
Chow sebelum ini pernah mengumumkan Pulau Pinang berharap dapat mencapai sasaran 100 peratus golongan dewasa di negeri itu menerima dos pertama vaksin masing-masing menjelang awal bulan depan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#vaksin COVID-19
#Ketua Menteri
#Chow Kon Yeow
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan