NILAI kadar kebolehjangkitan di Malaysia masih di bawah paras 1.0 setakat semalam.

Pada Jumaat, angka itu kekal pada 0.90 sepertimana hari sebelumnya.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan 1.01, diikuti Terengganu, Perlis, Perak, Johor, Putrajaya, Sarawak, Kelantan dan Melaka.

Sementara itu, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.