Pemandu ambulans didakwa rogol anak tiri

Sebutan semula kes untuk perbicaraan 28 Mei hingga 23 Mei tahun hadapan. -Gambar hiasan
SEREMBAN: Pemandu ambulans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya, tiga tahun lalu.
Ringkasan AI
- Pemandu ambulans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya, tiga tahun lalu.
- Tertuduh, seorang penjawat awam berusia 45 tahun, didakwa merogol remaja perempuan yang ketika itu berusia 14 tahun di kuarters kerajaan di Port Dickson.
- Kesalahan tersebut dilakukan pada April dan Ogos 2022, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau sebatan.
Kesalahan berkenaan dilakukan pada 15 April 2022, jam lebih kurang 2 pagi dan 1 Ogos 2022, jam 3 pagi.
Berikutan itu tertuduh yang merupakan penjawat awam telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.
Peguam, M.Gopinathan memaklumkan kepada mahkamah yang penjamin tertuduh hadir.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan dan memohon perbicaraan kes diteruskan mengikut peruntukan Seksyen 254(a) Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan sama seperti sebelum ini serta menyerahkan pasport.
Sebutan semula kes untuk perbicaraan 28 Mei hingga 23 Mei tahun hadapan.
Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan mangsa sama yang mana hubungan tertuduh dengannya tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin dengannya.
Perbuatan itu dilakukan pada 14 April 2022 dan 31 Julai 2022 antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di lokasi sama.
Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku salah atas pertuduhan terbabit. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh pemandu ambulans tersebut? A: Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya tiga tahun lalu.
- Q: Di mana dan pada waktu apakah kesalahan tersebut dilakukan? A: Kesalahan tersebut dilakukan di ruang tamu dan bilik tidur sebuah kuarters kerajaan di Port Dickson pada 15 April 2022, jam lebih kurang 2 pagi dan 1 Ogos 2022, jam 3 pagi.
- Q: Apakah hukuman maksimum yang boleh dikenakan ke atas tertuduh? A: Tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan juga boleh disebat jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
- Q: Siapakah yang diwakili oleh peguam dan apakah tindakan mahkamah berkaitan jaminan? A: Tertuduh diwakili oleh peguam M.Gopinathan. Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan serta menyerahkan pasport.
- Q: Bilakah tarikh sebutan semula kes untuk perbicaraan? A: Kes tersebut dijadualkan untuk perbicaraan dari 28 Mei hingga 23 Mei tahun hadapan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

