KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun.

Kadar itu kekal direkodkan 1.01 pada Ahad dan untuk hari ketiga berturut-turut.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.24, diikuti Perlis, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah dan Kelantan.

Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula mencatat dua kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.