Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus catat aliran peningkatan.

Pada Sabtu, ia meningkat kepada 1.11 berbanding 1.09 hari sebelumnya.

Sebelas negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.36, diikuti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Johor.

Negeri yang turut mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan adalah Putrajaya, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Beberapa negeri pula mencatat di bawah purata kebangsaan iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan.

Sementara Perlis merekodkan tujuh kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.