awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang serangan Bondi pergi ke Filipina sebelum serangan, kata polis Australia

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2025
03:30 MYT
Penyerang serangan Bondi pergi ke Filipina sebelum serangan, kata polis Australia
Seorang wanita berdiri di hadapan tugu penghormatan di Pantai Bondi susulan insiden tembakan pada Ahad di Sydney, Australia. - Foto AP
SYDNEY: Polis Australia mengesahkan bahawa dua suspek utama dalam serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, telah melakukan perjalanan ke Filipina bulan lalu, dan siasatan kini tertumpu kepada kemungkinan kaitan mereka dengan kumpulan militan.
Menurut kenyataan rasmi, Naveed Akram, 24, dan bapanya Sajid Akram dipercayai menjalani latihan ketenteraan di selatan Filipina sebelum kembali ke Australia beberapa minggu sebelum serangan yang mengorbankan 15 orang semasa sambutan Hanukkah pada Ahad lalu.
Pihak berkuasa turut menemui dua bendera buatan tangan yang membawa simbol Daesh dalam kenderaan yang digunakan oleh salah seorang suspek.
Siasatan awal menunjukkan kedua-dua suspek mungkin terpengaruh dengan ideologi ekstremis Daesh.
Filipina, khususnya wilayah selatan Mindanao, telah lama dikenal pasti sebagai lokasi aktif kumpulan militan sejak 1990-an, dan dipercayai menjadi lokasi latihan bagi beberapa individu yang terlibat dalam aktiviti keganasan serantau.
Serangan di Bondi telah mengejutkan negara dan mencetuskan seruan rentas parti untuk memperketat undang-undang senjata serta memperkukuh pemantauan terhadap rangkaian ekstremis domestik.
Topic Berkaitan
#Pantai Bondi
#Daesh
#Naveed Akram
#Sajid Akram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan