awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: R-naught negara pada paras 1.07, meningkat tujuh hari berturut-turut

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2021
22:12 MYT
COVID-19: R-naught negara pada paras 1.07, meningkat tujuh hari berturut-turut
Kadar kebolehjangkitan kini meningkat kepada 1.07. -Gambar hiasan
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan ketika negara berada dalam sekatan pergerakan penuh atau total lockdown.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan ketika total lockdown ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Jumaat.
Malah nilai tersebut meningkat selama tujuh hari berturut-turut sejak 25 Jun lalu.
Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Pahang catat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.27.
Ini diikuti Melaka, Putrajaya, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Perlis satu-satunya negeri mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.
Tahun ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#R-Naught
#kadar kebolehjangkitan
#sekatan pergerakan penuh
#total lockdown
#purata kebangsaan
#kes positif
#COVID-19
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan