SINGAPURA:Wanita Malaysia berusia 43 tahun merupakan antara dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Khamis.
Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, wanita berkenaan bekerja di Azur, Crowne Plaza Changi Airport.
Pada Rabu, Singapura melaporkan satu kes yang diuji positif bagi strain B117 dan dia bekerja di Azur.
Bagaimanapun menurut kementerian itu, wanita berkenaan bekerja menghantar makanan siap bungkus kepada anak kapal serta penginap di hotel dan tidak berinteraksi dengan pelanggan Azur.
Wanita itu menunjukkan gejala ketika bekerja pada 3 Jan lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dua hari kemudian, kata kementerian itu dalam kenyataannya malam tadi.
Wanita itu diuji bagi COVID-19 dan pada awalnya didiagnos mengalami jangkitan pernafasan akut (ARI), namun keesokannya keputusan ujian menunjukkan dia sah positif COVID-19.
Menurut kementerian itu, siasatan awal juga mendapati wanita tersebut berkemungkinan tidak dijangkiti strain B117.
Sebagai langkah pencegahan, Crowne Plaza Changi Airport akan ditutup selama 14 hari bermula hari ini (8 Jan).
Setakat tengah hari Khamis, Singapura melaporkan 33 kes baharu dengan dua jangkitan dalam komuniti dan 31 kes import, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di republik itu sebanyak 58,813 kes.
Menurut kementerian itu, daripada keseluruhan kes baharu tersebut, 30 tidak bergejala dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan oleh kementerian, sementara tiga kes lagi bergejala.
Republik itu sebelum ini melaporkan kluster terakhirnya yang membabitkan sebuah asrama pekerja asing tamat pada 24 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021

Sebagai langkah pencegahan, Crowne Plaza Changi Airport akan ditutup selama 14 hari bermula hari ini. - Facebook Crowne Plaza Changi Airport

Semua pekerja ladang di Sabah wajib jalani saringan COVID-19
Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

COVID-19: KKM akan adakan perbincangan lanjut mengenai pengurusan pesakit di hospital swasta
KKM akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia dalam masa terdekat berkenaan pengurusan pesakit COVID-19.

Pelanggan positif COVID-19, WTCKL ditutup sementara waktu
WTCKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan berkenaan kini sedang menerima rawatan selanjutnya.

COVID-19: Malaysia catat 3,211 kes baharu, 8 kematian hari ini
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,211 kes jangkitan COVID-19 baharu dengan lapan kematian pada Jumaat.

PKP di seluruh Kelantan bermula esok hingga 26 Januari
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan bermula 16 Januari (esok) hingga 26 Januari ini.

Pendaftaran vaksin COVID-19 akan dibuka tidak lama lagi - Adham Baba
Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka melalui tiga fasa, tidak lama lagi.

PKP 2.0: Taman awam di Wilayah Persekutuan dibenar beroperasi - Annuar Musa
Annuar berkata, bagaimanapun aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dibenarkan dan tidak melibatkan aktiviti secara berkumpulan.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.

7 kluster baharu direkodkan hari ini - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak tujuh kluster baharu telah dikenal pasti hari ini.

Awas! Negeri dikenakan PKPP, PKPB boleh bertukar kepada PKP - Ismail Sabri
Terdapat negeri yang sebelum ini dilaksanakan PKPP, namun telah dikenakan PKP ketika ini kerana berlaku peningkatan kes.

COVID-19: Malaysia catat 3,337 kes baharu, 15 kematian
Malaysia merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 3,337 kes pada Khamis.