awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rayuan kecualikan caj kuarantin pelajar Malaysia dari Yaman - YPC

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2020
13:17 MYT
COVID-19: Rayuan kecualikan caj kuarantin pelajar Malaysia dari Yaman - YPC
Jelas Syed Ali, sebagai pelajar, mereka tidak mempunyai wang perbelanjaan yang mencukupi, apatah lagi untuk membayar bayaran yang kenakan sebaik kembali ke tanah air. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dirayu agar segera campur tangan mengatasi masalah caj kuarantin yang difahamkan dikenakan sebanyak RM1,890 ke atas pelajar Malaysia yang baru pulang dari Yaman pada pagi Ahad.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menjelaskan, perasaannya amat kesal kerana semua pelajar berkenaan ditempatkan seorang satu bilik di sebuah hotel di tengah pusat bandar dengan caj bayaran yang tinggi.
“Amat menyedihkan, selagi mereka gagal menjelaskan bayaran tersebut, mereka tidak akan diberikan bilik dan terpaksa berada di lobi hotel sehinggalah ada ibu bapa atau pihak keluarga datang menjelaskan bayaran tersebut.
“Saya amat sedih mengapa pihak hotel berkenaan dan pihak yang bertanggungjawab 'melayani' pelajar tersebut seperti tidak ada sedikit rasa bertanggungjawab dan perikemanusiaan.
“Kerajaan sepatutnya lebih bertimbang rasa kerana kesemua lebih 100 orang itu adalah 'pelajar agama', bukannya ahli perniagaan atau pelancong ke luar negara.” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Ahad.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 131 orang yang dilaporkan terkandas di Yaman sejak Mac lepas susulan pandemik COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat sewaan khas Egypt Air pada 8.34 pagi Ahad.
Tambahnya, kumpulan kedua seramai 17 orang pula dijadual tiba esok (3 Ogos) dengan penerbangan komersial Emirates pada jam 12.55 pagi.
Jelas Syed Ali lagi, sebagai pelajar, mereka tidak mempunyai wang perbelanjaan yang mencukupi, apatah lagi untuk membayar bayaran yang kenakan sebaik kembali ke tanah air.
“Sepatutnya kerajaan membantu dengan meringankan beban keawangan pelajar tersebut yang sebelum ini sudah cukup menderita terkandas di Yaman akibat COVID -19, bukannya menambahkan lagi beban mereka.
“Saya mempersoalkan kenapa pelajar yang susah itu ditempatkan di hotel mewah dan atas arahan siapa? Mengapa mereka tidak di asrama atau pun menjalani kuarantin kendiri di rumah sesuai dengan status mereka sebagai pelajar agama.
“Saya difahamkan, pelajar terbabit langsung tidak diberi peluang untuk menyuarakan masalah mereka, sebaliknya diarahkan memasuki bilik hotel dengan bayaran RM1,890 seorang dan tidak boleh berkongsi bilik,” tegasnya.
Katanya lagi, kerajaan perlu segera campur tangan dalam hal ini demi kebajikan dan kesejahteraan pelajar berkenaan.
Topic Berkaitan
#Egypt
#hotel
#KLIA
#Muhyiddin Yassin
#pelajar
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan