awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
Cucu bekas Presiden AS Kennedy, Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rujuk panduan sistem pengudaraan di premis, elak penularan wabak - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
22/09/2021
21:15 MYT
COVID-19: Rujuk panduan sistem pengudaraan di premis, elak penularan wabak - KP Kesihatan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar semua pihak merujuk dan mengguna pakai panduan sistem pengudaraan yang disyorkan oleh KKM, KSM dan WHO. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sistem pengudaraan dan kualiti udara yang baik di semua jenis bangunan seperti tempat kerja, premis perniagaan, institusi pengajian, rumah ibadah dan kediaman adalah antara strategi penting untuk membendung penularan COVID-19.
Justeru itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan agar semua pihak merujuk dan mengguna pakai panduan sistem pengudaraan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kata beliau, secara umumnya terdapat tiga jenis sistem pengudaraan iaitu pengudaraan secara semula jadi; sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat) dan sistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara berpusat) (MVAC).
Bagi pengudaraan semula jadi, risiko penularan COVID-19 dan penyakit bawaan udara yang lain adalah rendah namun terdapat kaedah meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara iaitu membuka tingkap, meningkatkan pengudaraan silang dan menggunakan kipas.
"Bagi sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat), selain membuka tingkap dan menggunakan kipas, disarankan memasang kipas ekzos serta pastikan tingkap dibuka kecil sekiranya penghawa dingin digunakan serta menetapkan suhu antara 23 hingga 26 darjah Celcius," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Penggunaan sistem MVAC pula, Dr Noor Hisham menyarankan agar komponen dan kawalan sistemnya diselenggara dan berfungsi mengikut reka bentuknya termasuk "seal" penapis udara hendaklah dipantau dan ditukar mengikut frekuensi yang ditetapkan.
Selain itu, meningkatkan pengudaraan udara bersih dari luar melalui bukaan peredam udara luaran atau nyahaktif "Demand Control Ventilation" (DSV) dan digalakkan sistem MVAC beroperasi dengan pengambilan udara luar maksimum selama dua jam sebelum dan selepas dihuni.
"Selain itu, naik taraf penggunaan penapis udara di unit pengendali udara sedia ada kepada sekurang-kurangnya MERV-14 serta gunakan alat pembersih udara dengan teknologi penapis udara jenis HEPA," katanya.
Manual Panduan Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman Bagi Tetapan Kediaman/Bukan Kediaman/ Kawasan Awam Semasa Pandemik COVID-19 KKM dan KSM, boleh dirujuk pada pautan https:// www. dosh. gov. my/index.php/ms/ dan "WHO Roadmap to Improve And Ensure Good Indoor Ventilation in The Context of COVID-19", Mac 2021 di https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem pengudaraan
#tempat kerja
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan