awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah kesan dua kluster baharu di Beaufort

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
21/10/2021
14:46 MYT
COVID-19: Sabah kesan dua kluster baharu di Beaufort
Jurucakap berkaitan COVID-19 negeri ini, Datuk Seri Masidi Manjun berkata salah satunya ialah Kluster Kampung Bawan, yang merupakan kluster tempat kerja iaitu di salah sebuah klinik kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah hari ini telah mengesan dua kluster baharu yang melibatkan daerah Beaufort.
Jurucakap berkaitan COVID-19 negeri ini, Datuk Seri Masidi Manjun berkata salah satunya ialah Kluster Kampung Bawan, yang merupakan kluster tempat kerja iaitu di salah sebuah klinik kerajaan.
"Penularan jangkitan bagi kluster ini dipercayai berpunca daripada aktiviti makan-makan di rumah keluarga kes indeks di Kampung Bawan seminggu sebelum dikesan positif. Majoriti kes positif adalah melibatkan ahli keluarga dan rakan sekerja.
"Kes indeks merupakan petugas kesihatan, lelaki, 31, dan tinggal di kuarters kerajaan bersama rakan setugas apabila bertugas atas panggilan.
"Kes indeks disahkan positif melalui ujian RTK Antigen pada 7 Oktober, di Klinik Kesihatan Membakut, setelah demam dan batuk sejak 4 Oktober," katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Menurutnya, sebanyak 34 kes positif COVID-19 dikesan hasil daripada saringan ke atas 51 kontak rapat.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, satu lagi kluster dikesan, iaitu Kluster Kampung Batu 66, merupakan kluster komuniti.
"Kes indeks adalah wanita tempatan, 36, yang disahkan positif melalui ujian RT-PCR pada 8 Oktober di Hospital Beaufort selepas bergejala sejak 6 Oktober.
"Hasil penelitian, penularan jangkitan dipercayai berpunca daripada kenduri kematian mendiang ayah kepada kes indeks yang ke-40 hari pada 4 Oktober di Kampung Batu 66 dan dihadiri oleh keluarga dan jiran terdekat.
"Selain itu, majlis pengebumian pada 11 Oktober yang juga dipercayai menyumbang kepada peningkatan jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan komuniti," katanya.
Tambah beliau, majoriti kes positif melibatkan ahli keluarga dan tetamu dari sekitar Mukim Montenior.
Setakat ini, sebanyak 29 kes positif COVID-19 dikesan daripada 36 kontak yang telah disaring.
Sabah melaporkan sebanyak 651 kes COVID-19 baharu hari ini, dengan 16 kes kematian dilaporkan.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Kluster baharu
#Beaufort
#COVID-19
#Masidi Manjun
#Kluster Kampung Bawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan