KUALA LUMPUR: Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata bagaimanapun pengambilan dos penggalak menunjukkan peningkatan di seluruh negara berikutan kempen yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM).
"... dos penggalak pertama itu kita ada peningkatan daripada 49.9 peratus kepada lebih 50 peratus sekarang dan dos penggalak kedua daripada 1.9 peratus kini kita telah dapat 2.2 peratus dalam beberapa minggu lepas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Dr Zaliha menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan sama ada kerajaan berpuas hati dengan sambutan rakyat terhadap dos penggalak.
Beliau berkata bagi menggalakkan pengambilan dos penggalak, KKM telah mengambil langkah antaranya membenarkan tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa terikat dengan waktu dan tempat serta menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara walk-in atau jumpa terus kepada golongan berisiko tinggi.
Sementara itu, beliau memaklumkan trend jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh sebulan pertama 2023 adalah dalam keadaan stabil, dengan pelaporan harian kes COVID-19 dalam negara sejak sebulan lepas kekal dalam lingkungan 500 kes dan menunjukkan trend penurunan kepada 226 kes semalam.
"Begitu juga, purata bilangan harian kes COVID-19 yang baru dikesan dalam tempoh tujuh hari adalah pada julat 187 hingga 511 kes, sepanjang Januari 2023.
"Seterusnya, nilai Rt (kebolehjangkitan) kekal di bawah 1.0 sejak Minggu Epidemiologi (ME) 46/2022 (13 hingga 19 Nov 2022) dan pada ME 4/2023 (22 hingga 28 Jan 2023) nilai Rt adalah 0.8," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Dr Zaliha berkata bagaimanapun pengambilan dos penggalak menunjukkan peningkatan di seluruh negara berikutan kempen yang dilaksanakan KKM. -Foto FB LIVE Anwar Ibrahim

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.
AWANI Ringkas: Konflik Gajah - Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
Israel sedia serang nuklear Iran - Laporan
LIMA'25: hari kedua tingkat keterujaan orang awam
Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 memasuki hari ke-2 hari ini dimana pelbagai lagi acara akan diadakan sehingga 24 Mei ini.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Perkembangan terkini, kita bersama wakil Astro Awani Kedah, Abd Hadi Che Awang di Langkawi, silakan Hadi.
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Dr Ravigadevi saintis pertama Malaysia dipilih sebagai Fellow Royal Society
Pemilihan Dr Ravigadevi Sambamhamutthi sebagai Fellow Royal Society pertama Malaysia adalah detik kebanggaan untuk negara.

Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 - HLIB
HLIB menjangkakan jumlah jualan atau keseluruhan industri (TIV) sektor automotif bagi 2025 akan mereda ke tahap 750,000 unit.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes COVID-19 di Thailand berganda, Bangkok catat lebih 6,000 jangkitan
Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Kes COVID-19 di Selangor terkawal, catat penurunan - Exco
Situasi jangkitan COVID-19 di Selangor dalam keadaan terkawal berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 2025.

Filipina 'aktif memantau' peningkatan kes COVID-19 di Asia Tenggara
Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.