awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak catat tiga kematian di Sibu

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
08/02/2021
10:25 MYT
COVID-19: Sarawak catat tiga kematian di Sibu
Selain itu, tiga kes kematian di Hospital Sibu turut direkodkan menjadikan jumlah kes kematian di negeri itu meningkat kepada 53. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Tiga kematian direkodkan di Hospital Sibu, menjadikan jumlah keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 53.
Kesemua kes yang berusia 60 hingga 89 tahun itu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit ko-morbid.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes kematian ke-51 melibatkan kes 2,584 berusia 74 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 7 Februari 2021.
“Seterusnya kes kematian ke-52 merupakan kes 5,103 berusia 60 tahun dan disahkan positif selepas mengalami simptom pada 4 Februari 2021 dan meninggal dunia empat hari selepas itu.
“Manakala kes kematian ke-53 merupakan kes 2,408 berusia 89 tahun dan disahkan positif pada 19 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 8 Februari 2021,” tambah kenyataan itu pada Isnin.
Dalam pada itu, kenyataan JPBN Sarawak memberitahu, 84 kes positif COVID-19 dicatatkan di negeri itu pada Isnin.
Sibu kekal melaporkan kes harian tertinggi dengan 24 kes diikuti Song (23), Miri (10), Bintulu (sembilan), Julau (lima), Kapit (empat), Bau, Pakan dan Sri Aman (dua) serta satu kes di Samarahan, Lundu dan Sarikei.
Katanya, Kluster Pasai di Sibu yang sebelum ini menjadi penyumbang kes tertinggi hanya merekodkan pertambahan empat kes positif COVID-19 hari ini.
“Hanya empat kes positif dikesan menerusi kluster ini pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,363 kes.
“Dua kes dikesan di daerah Song manakala masing-masing satu kes dilaporkan di daerah Kapit dan Lundu,” kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#Kluster Pasai di Sibu
#kluster aktif di Sarawak
#kes kematian COVID-19
#kes tertinggi di Sibu
#JPBN Sarawak
#Sarawak
#kematian
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan