awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak lapor 185 kes positif, Lundu kini zon merah

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
06/02/2021
09:56 MYT
COVID-19: Sarawak lapor 185 kes positif, Lundu kini zon merah
Sehingga kini, hanya lapan daerah di Sarawak yang masih kekal dikategorikan sebagai zon hijau antaranya Asajaya, Limbang, Tebedu dan Pusa. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 185 kes positif COVID-19 pada Sabtu.
Pertambahan ini menjadikan angka kes positif di negeri itu meningkat kepada 5,457 kes.
Sibu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 101 kes diikuti Lundu (19), Song (18), Dalat (12), Subis (tujuh), Kanowit (enam), Bintulu dan Kapit (empat), Bau (tiga), Kuching dan Saratok (dua) serta satu kes di Miri, Julau, Meradong, Belaga, Matu, Kabong dan Lawas.
Menerusi kenyataan JPBN Sarawak, Kluster Pasai di Sibu masih kekal merekodkan kes harian tertinggi mengatasi 13 kluster lain dengan 77 kes.
“Jumlah keseluruhan kes positif melibatkan kluster ini meningkat kepada 2,288 kes sehingga hari ini.
“25,500 individu telah disaring dengan 22,250 disahkan negatif manakala 962 masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Selain itu, kenyataan sama melaporkan daerah Lundu kini dikategorikan sebagai zon merah terbaharu di negeri itu.
Ia selepas daerah itu merekodkan 50 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Daerah Saratok pula dikategorikan sebagai zon kuning selepas mencatatkan dua kes jangkitan tempatan terbaharu.
“Manakala lapan daerah termasuk Sibu, Kapit, Song dan Bintulu kekal dikategorikan sebagai zon merah selepas 1,902 kes dilaporkan di kesemua daerah terlibat,” tambah kenyataan itu.
Sehingga kini, hanya lapan daerah di Sarawak yang masih kekal dikategorikan sebagai zon hijau antaranya Asajaya, Limbang, Tebedu dan Pusa.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes baharu di Sarawak
#COVID-19 di Sibu
#Kluster Pasai di Sibu
#JPBN Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#zon merah di Sarawak
#zon hijau di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan