awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

COVID-19: Satu kematian direkodkan pada ME24, pertama tahun ini

Bernama
Bernama
20/06/2025
02:10 MYT
COVID-19: Satu kematian direkodkan pada ME24, pertama tahun ini
KKM memaklumkan kes COVID-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 telah direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) yang merupakan kes kematian pertama tahun ini.
Menurut KKM, kes tersebut melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan diabetes serta tidak menerima dos penggalak kedua.
"Situasi ini melibatkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian COVID-19 pada 2024. Kematian terakhir sebelum ini berlaku pada 26 Mei 2024. Ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan langkah kawalan oleh KKM," menurut kenyataan itu di sini semalam.
KKM memaklumkan kes COVID-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.
Menurut kementerian itu situasi semasa COVID-19 dalam negara kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan, hasil pemantauan berterusan dan intervensi kesihatan awam yang berkesan.
KKM memaklumkan sebanyak 21,738 kes COVID-19 dilaporkan secara kumulatif sehingga ME24 dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes.
Pada ME24, sebanyak enam kes COVID-19 telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi iaitu golongan rentan dengan penyakit sedia ada seperti hipertensi, diabetes, dislipidemia, penyakit jantung dan sindrom down.
"Kesemua kes telah menerima rawatan rapi dengan pemantauan profesional kesihatan dan dibenarkan keluar dari ICU iaitu empat kes dibenarkan pulang ke rumah dan dua lagi dipindahkan ke wad biasa," menurut kenyataan itu.
KKM turut menyeru rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia untuk mendapatkan vaksinasi mengikut keperluan sempena Program Imunisasi Kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#Kementerian Kesihatan
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami