awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sekolah berasrama paling tinggi kluster jangkitan COVID-19

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/01/2022
10:22 MYT
COVID-19: Sekolah berasrama paling tinggi kluster jangkitan COVID-19
Pembukaan sesi persekolah juga, menurut Khairy, telah menyebabkan wujudnya 15 kluster yang disebabkan jangkitan COVID-19. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa faktor kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikenal pasti menyebabkan berlakunya peningkatan kluster membabitkan institusi pendidikan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang medianya berkata, kegagalan pematuhan itu berlaku semasa dan di luar waktu persekolahan formal, terutamanya di asrama.
“Dari minggu pertama tahun ini hingga 19 Januari, terdapat sejumlah 52 kluster pendidikan melibatkan 30 kluster sekolah menengah. Daripada 30 sekolah menengah tersebut, 27 buah (90 peratus) adalah sekolah berasrama,” jelasnya dalam seidang media hari ini.
Pembukaan sesi persekolah juga katanya telah menyebabkan wujudnya 15 kluster yang disebabkan jangkitan COVID-19.
“Pada minggu kedua persekolahan, bilangan kluster pendidikan meningkat sekali ganda kepada 33 kluster. Semua negeri ada melaporkan kluster kecuali Perlis, Terengganu, Sarawak dan Labuan. Bagi 52 kluster pendidikan yang telah dilaporkan sejak minggu pertama, siasatan telah mendapati 44 kluster dengan kes indeksnya adalah pelajar,” jelasnya lagi.
Manakala indeks kes melibatkan guru dan juga pensyarah, katanya, berjumlah lima kluster.
Justeru Khairy mengingatkan, isu membabitkan pematuhan SOP akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
“Saya pun sudah bincang tadi dengan Menteri Pendidikan dan kami telah setuju untuk memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah asrama untuk memastikan kluster ini tidak bertambah nanti. Tetapi mungkin ini adalah kerana mereka baharu sahaja masuk ke sekolah semula," katanya.
Bagaimanapun jelasnya, setakat ini tiada keperluan untuk menutup sesi persekolahan melibatkan sekolah-sekolah berasrama.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#pendidikan
#sekolah berasrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan