awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong

Bernama
Bernama
28/12/2025
02:30 MYT
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, pada 8.55 pagi tadi.
JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, pada 8.55 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.4 darjah utara dan 102 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
"Gempa lemah yang jaraknya 16 km barat daya Pagoh itu tidak memberikan ancaman Tsunami kepada Malaysia," menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.
Sementara itu, Menteri Besar, Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan berlaku.
Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil serius soal keselamatan rakyat dan pemantauan rapi sedang dijalankan bersama agensi berkaitan .
"Saya menasihatkan orang ramai agar kekal bertenang, menjauhi struktur yang tidak kukuh serta sentiasa peka dan mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi lemah
#Bukit Kepong
#MetMalaysia
#mb johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan