KUALA LUMPUR: Selangor terus melaporkan jumlah kes harian baharu tertinggi apabila sebanyak 353 kes (29.1 peratus) lagi dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, sebanyak 272 kes (77.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 303 kes (25 peratus) dan Johor sebanyak 142 kes (11.7 peratus).

Selain itu, negara merekodkan sembilan lagi kluster baharu yang melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster yang melibatkan pusat tahanan.

Ini perincian kluster baharu hari ini:

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SETIA
- Melibatkan tempat kerja di Petaling (Selangor)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 17 Mac 2021
- 100 disaring, 18 kes positif

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SUNSURIA
- Melibatkan tempat kerja di Sepang (Selangor)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 14 Februari 2021
- 410 disaring, 11 kes positif

KLUSTER JALAN WAWASAN SEMBILAN
- Melibatkan tempat kerja di Batu Pahat (Johor)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 12 Mac
- 568 disaring, 50 kes positif

KLUSTER MELAMAM
- Melibatkan tempat kerja di Sipitang (Sabah)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 14 Mac 2021
- 164 disaring, 14 kes positif

KLUSTER JALAN ASUHAN
- Melibatkan tempat kerja di Kerian (Perak)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 16 Mac 2021
- 100 disaring, 12 kes positif

KLUSTER SUNGAI ATAP
- Melibatkan kluster komuniti di Meradong (Sarawak)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 6 Mac 2021
- 148 disaring, 19 kes positif

KLUSTER KAMPUNG PADANG TEMBAK
- Melibatkan kluster komuniti di Keningau (Sabah)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 8 Mac 2021
- 216 disaring, 21 kes positif

KLUSTER BUNGA TANJUNG BENDAHARA
- Melibatkan kluster komuniti di Kota Setar, Kuala Muda (Kedah)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 15 Mac 2021
- 46 disaring, 10 kes positif

KLUSTER DEPOT IMIGRESEN SEMUJA
- Melibatkan pusat tahanan di Serian (Sarawak)
- Kes indeks dilaporkan positif pada 18 Mac 2021
- 584 disaring, 99 kes positif