awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua aktiviti Tahun Melawat Malaysia 2020 diteruskan ketika ini

Bernama
Bernama
11/03/2020
15:29 MYT
COVID-19: Semua aktiviti Tahun Melawat Malaysia 2020 diteruskan ketika ini
Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) akan diteruskan dan berlangsung seperti biasa ketika ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof. - Bernama
Semua aktiviti berkaitan pelancongan yang dirancang sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) akan diteruskan dan berlangsung seperti biasa ketika ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.
Bagaimanapun beliau berkata sebarang perubahan dan penundaan aktiviti tersebut adalah bergantung kepada perkembangan terkini COVID-19.
Selaras keputusan itu juga, jumlah sasaran kemasukan 30 juta pelancong asing ke negara ini dengan jangkaan pulangan pendapatan RM100 bilion daripada industri pelancongan sebelum ini adalah kekal.
"Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) juga berkata agak awal untuk kita teliti semula sasaran itu... kita akan terus lihat perkembangan COVID-19 dan seterusnya buat keputusan.
"Ini adalah perkara dasar (jumlah sasaran) dan ia akan diputuskan oleh menteri (Datuk Seri Nancy Shukri) dan Kabinet," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Visa Malaysia, pada Rabu.
BACA: COVID-19: 20 lagi kes dikesan, jumlah meningkat kepada 149 - KKM
Terdahulu, Musa dan Pengurus Visa bagi Malaysia Ng Kong Boon menandatangai MoU kerjasama strategik sebagai usaha menggalakkan industri pelancongan tempatan dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Mengulas mengenai program-program promosi VM2020 di luar negara, Musa berkata pihaknya akan menilai keperluan untuk mengadakannya berdasarkan tahap persediaan wakil Tourism Malaysia di negara-negara terbabit.
"Kita juga akan menilai semula kaedah promosi yang sesuai termasuk melalui rundingan dengan wakil pelancongan di negara-negara tersebut," katanya.
Susulan penularan COVID-19 juga, Musa berkata segmen pelancongan kesihatan di negara ini dilihat kekal mendapat sambutan khususnya pelancong dari negara-negara jiran yang datang mendapatkan rawatan di negara ini.
Selain itu, Tourism Malaysia juga sedang giat memperluaskan pasaran kemasukan pelancong dari India kerana pasaran dan jumlah ketibaan pelancong dari negara ini merupakan kedua terbesar selepas China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Musa Yusof
#Ketua Pengarah Tourism Malaysia
#Nancy Shukri
#pelancongan
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan