awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
22/02/2022
12:46 MYT
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan. - Gambar fail
SEREMBAN: Sekatan pergerakan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekiranya dilaksanakan hanya akan dikuatkuasakan secara bersasar terhadap mana-mana lokaliti atau kawasan dikenal pasti sebagai langkah mitigasi.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perkara itu berpandukan keputusan kerajaan Persekutuan yang memberi jaminan tidak melaksanakan sebarang PKP atau sekatan dalam sektor ekonomi dan sosial di sebalik peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini.
Susulan itu beliau berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" semalam oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
"Berita tersebut harus dilihat dalam konteks lebih menyeluruh dengan mengambil kira situasi semasa penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
"Ia selain sensitiviti dan kebimbangan masyarakat malah cabaran untuk mengimbangi antara keselamatan rakyat dan kelangsungan ekonomi serta sosial di negeri ini," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini.
BACA: COVID-19: Semua daerah di Negeri Sembilan zon merah
Aminuddin berkata walaupun semua daerah di negeri ini berada dalam zon merah tetapi kebanyakan individu positif COVID-19 berada dalam kategori satu dan dua tanpa gejala atau gejala ringan manakala jumlah kemasukan pesakit ke hospital bagi kategori tiga, empat dan lima masih terkawal.
Selain itu, kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan stesen kuarantin di negeri ini masih berupaya menampung bilangan pesakit bagi mendapatkan rawatan atau kuarantin.
"Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di negeri ini agar cakna dan prihatin terhadap aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP), protokol kesihatan betul dan aspek kawalan kendiri yang ketat," katanya.
Beliau berkata 67.6 peratus rakyat di negeri ini telah menerima dos penggalak dan pihaknya berharap agar lebih ramai mendapatkan dos penggalak sebagai langkah kawalan dan pencegahan untuk mengelakkan jangkitan atau mengurangkan risiko COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#zon merah
#PKPD
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan