awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 serlah semangat perpaduan dan keprihatinan rakyat Malaysia - Saifuddin

Bernama
Bernama
26/08/2020
22:44 MYT
COVID-19 serlah semangat perpaduan dan keprihatinan rakyat Malaysia - Saifuddin
Bantuan COVID-19 disampaikan kepada kepada penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan TEMCO Daerah Kubang Pasu di Dewan Kampung Napoh, Jitra, 6 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Meskipun pandemik COVID-19 memberi kesan besar kepada negara terutamanya dari segi ekonomi, masih ada sudut positifnya iaitu mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata rakyat membuktikan bahawa mereka adalah masyarakat prihatin dan turut bersama-sama dengan kerajaan menghulur bantuan terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Jelasnya hikmah COVID-19 telah menonjolkan kebaikan rakyat, secara individu atau berkumpulan, yang bertepatan dengan tema 'Malaysia Prihatin' bagi sambutan Hari Kebangsaan kali ini.
"Saya setuju COVID-19 ini menyerlahkan budi baik orang Malaysia. Sebenarnya 'Malaysia Prihatin' melambangkan nilai-nilai murni yang ditunjuk oleh rakyat di negara ini.
"Mengambil contoh (keprihatinan) pereka fesyen yang bekerjasama dengan sekumpulan 20 anak muda menjahit set peralatan perlindungan diri (PPE) untuk diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada peringkat awal negara berdepan COVID-19," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Saifuddin turut memuji tindakan beberapa badan bukan kerajaan yang menghantar makanan termasuk keprihatinan individu terhadap jiran tetangga sepanjang situasi COVID-19.
Menyentuh mengenai sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini yang berbeza daripada tahun sebelumnya, Saifuddin berkata rakyat Malaysia mempunyai jiwa merdeka yang tinggi dan penghayatan begitu baik untuk mengekspresikan semangat patriotik dengan cara tersendiri.
Walaupun tiada sambutan besar-besaran, beliau menyeru dan memohon supaya rakyat Malaysia melakukan aktiviti yang boleh menterjemahkan semangat kemerdekaan dan dikongsi dalam media sosial.
Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan kreativiti masing-masing menerusi media sosial, seperti merekodkan nyanyian lagu Negaraku bersama keluarga, katanya.
Saifuddin berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan pada malam 30 Ogos ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke Dataran Pahlawan di Putrajaya bagi upacara menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan keselamatan utama dan seterusnya menyampaikan titah diraja yang akan disiarkan secara langsung.
"Kebiasaannya tiada titah diraja pada Hari Kebangsaan tetapi kerana 50 tahun lalu Yang di-Pertuan Agong pada masa itu mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos, maka kita ambil sempena ulang tahun 50 tahun itu untuk ucapan titah baginda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#COVID-19
#Dataran Pahlawan
#kebaikan
#makanan
#Malaysia Prihatin
#Merdekan
#Muhyiddin Yassin
#NGO
#nilai murni
#perutusan
#PKP
#Saifuddin Abdullah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan