awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Simptom masih ada walau selepas 12 minggu sembuh

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
13/06/2021
14:27 MYT
COVID-19: Simptom masih ada walau selepas 12 minggu sembuh
Dr Mahyuddin menjelaskan, tiada ubat khusus yang boleh merawat simptom yang dihadapi bekas pesakit COVID-19 itu. - Gambar/ Twitter @drmahyuddin
KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kebanyakan bekas pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 masih mengalami simptom termasuk batuk dan sukar bernafas walaupun selepas beberapa minggu disahkan sembuh.
Menurut kajian berkenaan, sebanyak 66 peratus daripada 1,004 bekas pesakit yang menjadi sampel ujian, menunjukkan simptom berkenaan.
Pakar Perunding Ortopedik, Medical MythBusters Malaysia, Dr Mahyuddin Mohamed berkata, simptom tersebut masih berlaku meskipun selepas 12 minggu sembuh daripada jangkitan COVID-19.
“Ada lima simptom yang mereka alami iaitu kelesuan badan, sukar untuk bernafas apabila membuat aktiviti, batuk-batuk, rasa kegelisahan atau keresahan dan yang kelima (mereka) ada masalah untuk tidur malam,” ujarnya menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman YouTubenya.
Dr Mahyuddin menjelaskan, tiada ubat khusus yang boleh merawat simptom berkenaan, sebaliknya pesakit hanya boleh dipantau bedasarkan simptom yang dihidapi.
“Masalah ini cuma rawat secara simptom. Tiada ubat khusus bagi merawat simptom ini.
"Kita jangan sangka mereka yang sembuh daripada COVID-19 ini boleh sembuh sepenuhnya, ada yang tidak sembuh sepenuhnya. Adalah lebih baik kita elak daripada jangitan COVID-19 ini,” katanya.
Justeru beliau menasihatkan supaya masyarakat agar mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan.
Topic Berkaitan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Malaysia
#COVID-19
#Simptom
#selepas sembuh
#masih ada simptom
#12 minggu
#batuk
#sesak nafas
#sukar tidur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan