PUTRAJAYA:Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengembara dari negeri itu masuk ke negeri lain.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu juga mengambil kira tindakan kesihatan awam ke atas Sabah harus diambil selari seperti negeri lain.
"Kes (di Sabah) semakin berkurangan dari tempoh 22 Sept sehingga 25 Nov, kes kemuncak dicatatkan pada awal Oktober, (sekarang) kes semakin berkurangan.
"Kes juga semakin stabil iaitu kurang daripada 300 kes sejak kebelakangan ini. Jadi ini merupakan perkembangan positif dan inilah sebab kenapa kita bermesyuarat dan mengambil tindakan 'stand down' (memberi kelonggaran) untuk kes negatif, tiada gejala dan tidak terdedah kepada kontak positif," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini semalam.
Beliau berkata 93 peratus pesakit COVID-19 dari Sabah dikesan mendapat jangkitan itu pada hari pertama ujian calitan dijalankan dan enam peratus pula dikesan positif pada ujian calitan kedua selepas ujian calitan pertama menunjukkan keputusan negatif.
"Jadi sekarang kita melihat kepada keperluan untuk mengkuarantin mereka yang negatif ujian calitan (sedangkan) negeri-negeri lain di Semenanjung yang berstatus Zon Merah tidak mengguna pakai konsep yang sama.
"Kalau kita lihat kembali di Semenanjung, Selangor dan Negeri Sembilan lebih tinggi, kita tak saring pun mereka dari dua negeri ini," katanya.
Sebelum ini, bermula 11 Okt lepas kerajaan mewajibkan semua pengembara yang tiba dari Sabah melalui prosedur sedia ada selain diarah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Selasa mengumumkan semua individu yang tiba dari Sabah perlu menjalani saringan COVID-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri lain berkuat kuasa semalam.
Dr Noor Hisham berkata bagaimanapun individu dari Sabah yang tidak membuat ujian saringan tiga hari sebelum terbang akan disaring ketika tiba di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata KKM bersedia untuk mempertimbangkan permohonan individu yang ingin memendekkan tempoh kuarantin atas sebab-sebab tertentu, namun perlu menjalani ujian saringan kedua sebelum diberi kebenaran.
"Mereka ada yang mohon untuk pendekkan tempoh kuarantin, kita ada pertimbangan untuk mengguna Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Seksyen 15 (1) iaitu seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-manatempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Secara umum 14 hari kita kuarantinkan, kalau ada permohonan, Jawatankuasa Khas KKM akan membuat penilaian risiko sebelum mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh kuarantin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Dr Noor Hisham berkata individu dari Sabah yang tidak membuat ujian saringan tiga hari sebelum terbang akan disaring ketika tiba di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Gambar fail

5 perkara penting kenyataan media harian PKP/PKPB - 24 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Bersyarat (PKP/PKPB) hari ini.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

Dua beradik jumpa mayat bapa dalam perahu di Tawau
Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.

PdPR: Bagaimana kita boleh laksanakan dengan lebih baik
Cikgu Noorhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun bercerita mengenai cabaran pelaksanaan PdPR dan apa yang boleh dilakukan untuk memudahkan proses ini.

Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

255 kes baharu COVID-19, kes harian tertinggi direkodkan di Sarawak
Selain itu, dua kematian dilaporkan oleh JPBN Sarawak melibatkan Kluster Pasai di Sibu.

12 premis judi di Ampang Jaya dipotong bekalan elektrik
Sebanyak 12 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

COVID-19: JKN Kedah rangka operasi 24 jam di CAC
KKM juga bercadang untuk mewujudkan CAC bergerak bagi memantau pesakit yang mempunyai masalah mobilisasi atau dari kalangan golongan rentan.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

255 kes baharu COVID-19, kes harian tertinggi direkodkan di Sarawak
Selain itu, dua kematian dilaporkan oleh JPBN Sarawak melibatkan Kluster Pasai di Sibu.

COVID-19: 3,346 kes baharu, 4,427 kes sembuh dicatatkan
Malaysia mencatatkan sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad dengan 11 lagi kes kematian.

PKPD di Penjara Bentong dan kuarters kakitangan selama 14 hari
Sebanyak 615 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga.

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkes

Tutup ekonomi: Lebih ramai 'mati' akibat kemiskinan berbanding COVID-19 - CME
Bukti saintifik juga menunjukkan penutupan ekonomi tidak efektif dalam mencegah penularan COVID-19.

COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Usah disia-siakan, ibu bapa dan anak-anak perlu tumpu pelajaran- Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ibu bapa terus memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka dalam situasi negara berdepan pandemik COVID-19.