KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertingkatkan kapasiti peralatan dan jumlah kakitangan di hospital bagi membendung COVID-19.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan kes baharu kini mencecah 15,000 kes sehari.
Menurutnya, tindakan kerajaan melibatkan pihak swasta dalam pengawalan COVID-19 juga merupakan inisiatif yang baik dan dapat mengurangkan beban kepada hospital kerajaan.
Tambahnya, kerjasama sebegitu dapat memastikan bilangan katil di hospital kerajaan dapat digunakan dengan lebih baik dan akan mempunyai ruang lebih besar untuk merawat pesakit.
“Namun begitu, beberapa perkara yang harus dilakukan antaranya adalah koordinasi yang penting dengan pihak swasta.
“Sehingga kini, masih belum diselesaikan dari segi kaedah bagaimana hospital swasta itu akan dibayar bila kes dirujuk kepada mereka terutamanya kes-kes yang bukan COVID-19. Ini harus diselesaikan dan tindakan segera perlu diambil.
“Ini bagi memastikan apabila pesakit dirujuk kepada hospital swasta, mereka tidak dikenakan bayaran tinggi dan kalau kerajaan hendak lakukan pembayaran, kadar bayaran itu harus ditetapkan dengan jelas,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Tambahnya, pemantauan juga perlu dilakukan supaya tiada penyalahgunaan berlaku dan pihak swasta tidak meletakkan caj begitu tinggi sehingga tidak mampu ditanggung masyarakat.
BACA: Lebih 100 hospital swasta bantu rawat pesakit COVID-19
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan hospital swasta melalui penggunaan Ordinan Darurat membantu usaha merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham menjelaskan, kerjasama melibatkan 100 buah hospital swasta terutama di kawasan-kawasan bandar itu telah menyediakan sebanyak 2,400 buah katl bagi merawat pesakit COVID-19.
Tambahnya, KKM juga bekerjasama dengan hospital swasta bagi merawat penyakit yang bukan COVID-19 yang kritikal dan perlu mendapat rawatan segera.
Kerjasama itu, jelas beliau membolehkan hospital kerajaan menumpukan rawatan kes-kes COVID-19 yang kritikal melibatkan tahap keempat dan kelima.
Astro Awani
Sat Jul 24 2021
Tindakan kerajaan melibatkan pihak swasta dalam pengawalan COVID-19 juga merupakan inisiatif yang baik dan dapat mengurangkan beban kepada hospital kerajaan.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.
Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.
Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes
Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.
COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.
6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.
COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.