awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 hospital swasta bantu rawat pesakit COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2021
05:16 MYT
Lebih 100 hospital swasta bantu rawat pesakit COVID-19
Dr Adham berkata, KKM juga bekerjasama dengan hospital swasta bagi merawat penyakit yang bukan COVID-19 yang kritikal dan perlu mendapat rawatan segera. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan hospital swasta melalui penggunaan Ordinan Darurat membantu usaha merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham menjelaskan, kerjasama melibatkan 100 buah hospital swasta terutama di kawasan-kawasan bandar itu telah menyediakan sebanyak 2,400 buah katl bagi merawat pesakit COVID-19.
"Dengan kerjasama ini yang kita telah laksanakan sejak April 2021 sehingga kini... dan yang terakhir kita mengambil alih Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, milik PKT.
"Dengan Ordinan Darurat, kita dapat menggunakan sepenuhnya untuk menempatkan kes-kes COVID-19 di Lembah Klang selain hospital-hospital sedia ada," katanya pada sidang media secara maya pelancaran Laporan PeKa B40, pada Selasa.
Beliau juga memaklumkan KKM juga bekerjasama dengan hospital swasta bagi merawat penyakit yang bukan COVID-19 yang kritikal dan perlu mendapat rawatan segera.
Kerjasama itu, jelas beliau membolehkan hospital kerajaan menumpukan rawatan kes-kes COVID-19 yang kritikal melibatkan tahap keempat dan kelima.
Selain itu, Dr Adham menjelaskan, segelintir hospital swasta tidak menawarkan diri untuk menyediakan perkhidmatan merawat kes wabak terbabit kerana berdepan kekangan seperti kemudahan yang terhad serta kesukaran mengubah suai struktur sedia ada.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Adham Baba
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#hospital swasta
#kerjasama
#Ordinan Darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan