awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sultan Perak batal hasrat solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, jamuan di Istana Iskandariah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/05/2021
08:47 MYT
COVID-19: Sultan Perak batal hasrat solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, jamuan di Istana Iskandariah
Sultan Nazrin turut mengingatkan rakyat agar memahami tahap keseriusan penularan wabak dan mengambil tanggungjawab membantu memutuskan rangkaian jangkitan serta menunjukkan simpati kepada para petugas barisan hadapan. - Gambar fail
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan dengan bilangan jangkitan pesakit COVID-19 yang menular dengan angka yang begitu tinggi.
Mengambil maklumat yang dipersembahkan Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) Negeri Perak, serta berlandaskan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, baginda menzahirkan titah perkenan mengenai beberapa perkara.
Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini, Sultan Nazrin berkenan membatalkan hasrat untuk berangkat solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Ubudiah dan acara jamuan hari raya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, baginda turut perkenan agar masjid dan surau mengadakan solat sunat Aidilfitri dengan had yang ditetapkan KKM dan MKN, dengan kehadiran terhad kepada warganegara Malaysia berusia 12 tahun ke atas.
Solat sunat Aidilfitri juga boleh diadakan di kawasan lapang dan terbuka, tetapi tidak melebihi 50 orang dengan mematuhi jarak fizikal.
Dalam masa sama, jamuan selepas solat sunat Aidilfitri tidak diadakan di samping tidak melakukan ziarah kubur.
Bagaimanapun, takbir raya dibolehkan di masjid dan surau tetapi tidak dibenarkan dari rumah ke rumah.
Mohd Annuar berkata, Sultan Nazrin turut mengingatkan rakyat agar memahami tahap keseriusan penularan wabak dan mengambil tanggungjawab membantu memutuskan rangkaian jangkitan serta menunjukkan simpati kepada para petugas barisan hadapan, terutama para petugas perubatan dan kesihatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat baginda di samping mendoakan kesejahteraan rakyat serta ketabahan rakyat menghadapi ujian Ilahi ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Muizuddin Shah
#Solat sunat Aidilfitri
#Masjid Ubudiah
#Istana Iskandariah Kuala Kangsar
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan