Pandemik COVID-19 akan mempercepatkan langkah syarikat terutamanya mikro, kecil dan sederhana (MSME) ke arah ekonomi digital, kata Alibaba Group.
Naib Presiden Global Initiatives Global Brian Wong berkata syarikat teknologi yang mahir dalam digital, platform super dan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) masih boleh memberikan perkhidmatan kepada MSME dan pengguna semasa wabak COVID-19.
"Rantaian bekalan menjadi lebih kepelbagaian dan diperkemas, dan ekonomi digital termasuk e-dagang, pembayaran tanpa tunai dan penghantaran tanpa sentuhan menjadi ekonomi arus perdana," kata Wong pada sesi webinar e-Dagang Expo (eDX), di sini pada Jumaat.
Beliau berkata lebih banyak syarikat akan menerapkan persekitaran kerja yang pintar, sementara pendidikan dan latihan akan terus bergerak dalam talian pada masa yang terdekat.
Wong berkata strategi perniagaan Alibaba dalam peperangan melawan COVID-19 akan turut merangkumi memanfaatkan ekosistem Alibaba dan membantu perniagaan mengatasi krisis tersebut.
Ia juga akan menumpukan perhatian kepada menyelamatkan nyawa dan memberikan perkhidmatan perubatan kritikal, menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyokong keperluan penting dalam masyarakat serta membawa tenaga positif kepada masyarakat.
Sementara itu, dalam sesi webinar berasingan hari ini, Pos Malaysia Bhd memperkenalkan penyelesaian e-dagang terbaharu kepada pengguna dalam persekitaran COVID-19 - "SendParcel by Pos Laju", platform dalam talian prabayar untuk memeriksa kadar pembayaran Pos Laju dan memesan penghantaran.
Pos Laju SendParcel ialah sebuah platform online prabayar untuk memeriksa kadar bayaran Pos Laju dan menempah penghantaran.
Terdapat lapan pakej-pakej tersedia yang disertakan dengan kadar berpatutan dan faedah yang menarik.
Pengguna hanya bayar secara langsung atau tambah nilai melalui perbankan internet atau kad kredit, tempahan termasuk pengambilan atau penghantaran di touch point yang berdekatan.
Selain itu, Nota Kiriman Digital (Digital Consignment Note) akan dikeluarkan sebaik pesanan dalam talian dan bayaran dibuat, pengguna hanya perlu cetak nota kiriman itu dan lekatkan di parcel.
SendParcel menawarkan harga yang telus, tiada caj terselindung, sistem dalam taliannnya mesra pengguna, ia beroperasi 24 jam sehari.
"Tidak perlu menulis, hanya menaip di borang secara dalam talian, bayar dan cetak, Tiada kontrak dan tiada komitmen dan jumlah minimum. SendParcel mempunyai ciri-ciri Track and Trace serta Insurans, kata seorang jurucakap Pos Malaysia.
Sementara itu, perkhidmatan Drop Off Service SendParcel memberikan pengguna flexibility apabila memerlukannya.
"Hantar bungkusan anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda suka di rangkaian lokasi nasional kami sama ada di Pusat Pos Laju, pejabat pos, kiosk, pandu lalu ataupun di parcel locker," katanya.
eDX adalah inisiatif adalalah yang pertama seumpamanya bertujuan untuk melibatkan diri dengan perniagaan di seluruh negara.
eDX akan menganjurkan satu siri sesi webinar secara percuma dan panelis akan menyentuh topik utama, petua dan tunjuk ajar dalam perdagangan e-dagang dan kisah kejayaan yang memberi inspirasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020
Wong berkata strategi perniagaan Alibaba dalam peperangan melawan COVID-19 akan turut merangkumi memanfaatkan ekosistem Alibaba. - Gambar fail
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Ekonomi digital main peranan utama selepas pandemik - Alibaba
Alibaba Group menjangkakan ekonomi digital akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pemulihan, penstrukturan semula rantaian bekalan.
COVID-19 telah menyebabkan ekonomi digital dipercepatkan - Alibaba
Pandemik COVID-19 akan mempercepatkan langkah syarikat terutamanya mikro, kecil dan sederhana (MSME) ke arah ekonomi digital, kata Alibaba Group.
Malaysia tuan rumah WESG 2019-2020 Asia Pasifik, Januari depan
Empat permainan e-sukan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES) akan dipertandingkan.
Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.
Alibaba yakin masa depan negara, ikrar tambah pelaburan di Malaysia
Gergasi platform atas talian Kumpulan Alibaba yakin terhadap masa hadapan negara di bawah kepimpinan baharu dan akan terus melabur di negara ini.
Alibaba Group contoh negara lain lebih maju dari Malaysia
Pengasas Alibaba Group, Jack Ma mendapat inspirasi untuk menubuhkan syarikatnya selepas membaca tentang MSC di surat khabar 20 tahun yang lalu.
Perkara yang perlu dipelajari 'Dak Dak Wicet' Malaysia
Di China, apabila WeChat digunakan secara sangat meluas, sehingga segalanya dipacu daripada aplikasi tersebut.
Apa yang anda perlu tahu tentang DFTZ
Apa itu Zon Perdagangan Bebas Digital atau Digital Free Trade Zone Digital Trade Free Zone. Isabelle Leong ada faktanya.