awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tempoh dua minggu 'lockdown' akan datang kritikal - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
12/06/2021
15:12 MYT
COVID-19: Tempoh dua minggu 'lockdown' akan datang kritikal - KP Kesihatan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan 'lockdown' akan datang merupakan tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan 'lockdown' akan datang merupakan tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000.
Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk COVID-19, yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi.
Namun, pada masa sama beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu, termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.
"Ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Negara merekodkan sejumlah 5,793 kes baharu harian COVID-19 hari ini berbanding 6,849 kes semalam, manakala jumlah kes sembuh COVID-19 dalam tempoh 24 jam juga sekali lagi mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia, dengan 8,334 kes berbanding 7,749 semalam.
Kerajaan pada 28 Mei lepas memutuskan, untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tempoh dua minggu
#total lockdown
#COVID-19
#KP Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#sekatan pergerakan penuh
#kes harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan