Kerajaan mungkin akan menggunakan khidmat anggota tentera untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Ismail Sabri, hanya 60 peratus rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan pada hari pertama ia dilaksanakan.
"Jika keadaan masih tidak dapat dikawal sepenuhnya, kemungkinan besar tentera akan digunakan.
"Saya percaya tidak perlu, tetapi jika tidak ada pilihan -- pematuhan masih kekal setakat 60 peratus ke 70 peratus -- saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan," katanya pada sidang media khas, hari ini.
Ismail Sabri memaklumkan untuk memastikan rakyat mematuhi peraturan tersebut pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara pada hari pertama perintah tersebut dijalankan.
Beliau menjelaskan sebanyak 504 sekatan jalanraya telah dilaksanakan pada Rabu untuk memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
"Setakat semalam sebanyak 504 sekatan jalan raya telah dilaksanakan oleh polis di seluruh negara dan sebanyak 6,135 kenderaan diperiksa.
"Setakat hari ini, pihak polis telah mengambil tindakan berhemah dengan menasihati sahaja dan saya percaya kalau pematuhan ini masih tidak meningkat saya percaya pihak polis terpaksa gunakan undang-undang dan mengenakan tindakan yang lebih tegas lagi.
"Saya rasa perkara ini tidak perlu dilakukan kalau pematuhannya meningkat dari masa ke semasa," katanya lagi.
Ismail Sabri memberitahu sejak hari pertama perintah tersebut dilaksanakan semua ketua-ketua polis daerah diarahkan untuk mengambil tindakan untuk memastikan rakyat mematuhi perintah tersebut.
"Peringkat awal ini adalah untuk mengadakan pengumuman supaya semua berada di rumah dan juga mengadakan hebahan," katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat Kabinet pada Rabu memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Jawatankuasa Khas ini yang melibatkan 19 Kementerian, 19 Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Majlis Kesemalatan Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha setiap kementerian terlibat.
Irwan Muhammad Zain
Thu Mar 19 2020

ISMAIL SABRI: Jika tidak ada pilihan, saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan. -Gambar fail

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sekuriti Makanan | Langkah mempelbagaikan sumber import
Beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah menyaksikan beberapa senario daripada isu sekuriti makanan ini. Dan untuk membicarakan mengenai isu ini, bersama saya di talian ketika ini ialah Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prod Ida Idayu Muhamad.

Tahniah Tok Mat, berani bersuara - Rafizi
Keberanian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pandangan beliau tentang Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB adalah sesuatu yang wajar mendapat pujian dan sokongan semua pihak.

Banjir Baling: ATM bina Jambatan Bailey - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air.

Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.
![[TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung [TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976735/thumbnails/13069822491657084919101_640x360.jpg)
[TERKINI] Yasin terlepas hukuman gantung
Penyanyi nasyid popular, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu melepas tanpa membebaskan beliau daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Majistret, Muhammad Iskandar Zainol membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat memohon mahkamah mengeluarkan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap Muhammad Yasin.

China di Asia Timur | Keamanan Asia Tenggara terikat kepada kestabilan
Rantau Asia Timur merangkumi China, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan beberapa negara-negara lain disifatkan sebagai salah sebuah kawasan 'hotspot' konflik yang paling berisiko di dunia memandangkan wujudnya pertelingkahan China-Taiwan, China-Jepun dan Korea Selatan-Korea Utara. Namun, apa yang penting menurut Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Univesiti Malaysia Sabah, Prof Dr Lai Yew Meng, keamanan di Asia Tenggara secara amnya dan Malaysia secara khususnya terikat secara langsung kepada kestabilan dan keamanan Rantau Asia Timur.

AWANI Ringkas: Janin, tiga sekeluarga mangsa banjir dikebumi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Bad rakan setugas paling istimewa' - Koperal Willen
Kehilangan rakan setugas berkaki empat, Bad pada 3 petang Isnin lepas meninggalkan kesan mendalam buat Koperal Willen Slamping@Sirampin, walaupun sebagai anggota polis beliau sudah lali dengan pelbaga

Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.

COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

COVID-19: 2,932 kes baharu, tiga kematian direkod
Kes baharu meningkat sebanyak 2,932 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

COVID-19: Tuntutan palsu lebih 500 juta baht dibuat sejak pandemik
Kebanyakan tuntutan palsu dibuat di bawah skim "Jer Jai Jop" bermaksud "dibayar apabila dijangkiti", iaitu pesakit COVID-19 akan menerima bayaran pada kadar segera selepas dijangkiti.

COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka
Keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.

COVID-19: 1,918 kes baharu, lapan kematian direkod
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,784 kes.

Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Ekonomi ASEAN diunjur tumbuh 4.9 peratus tahun ini
Keberkesanan program vaksinasi membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.