awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia kembali dengan hantaran penuh tanda tanya

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2025
04:01 MYT
Zii Jia kembali dengan hantaran penuh tanda tanya
Hantaran misteri itu yang kini mengumpul lebih 71,000 tanda suka dan 1,000 komen, menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian tersebut.
LEE ZII JIA mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton negara selepas berkongsi beberapa lakaran gambar di media sosial.

Ringkasan AI
  • Lee Zii Jia mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat selepas memuat naik hantaran misteri di media sosial, mencuri perhatian dengan lebih 71,000 tanda suka.
  • Beliau dijangka kembali beraksi di Terbuka Jepun (1520 Julai) selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang mengganggu prestasinya tahun ini dan menyebabkan rankingnya merosot ke tangga ke-27 dunia.
  • Dengan Kejohanan Dunia di Paris bakal tiba (2531 Ogos), Terbuka Jepun dan Terbuka China menjadi platform penting buat Zii Jia mendapatkan semula rentak kompetitif.

Hantaran misteri itu yang kini mengumpul lebih 71,000 tanda suka dan 1,000 komen, menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian tersebut.
Pemain perseorangan profesional negara yang kini berada di ranking ke-27 dunia itu dijangka akan kembali ke gelanggang pertandingan di Kejohanan Terbuka Jepun yang berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.
Kedudukan ranking Zii Jia sebelum ini merosot ke luar kelompok 20 teratas dunia, berikutan hanya beraksi dalam dua kejohanan tahun ini selepas kecederaan buku lali kanan yang dialaminya di Final Jelajah Dunia pada Disember lalu.
Kali terakhir pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu beraksi adalah di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu yang mana beliau tewas pada pusingan pertama.
Kali terakhir pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu beraksi adalah di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
Kali terakhir pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu beraksi adalah di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
Zii Jia, yang merupakan juara Seluruh England 2021 setelah menewaskan Viktor Axelsen dengan keputusan 30-29, 20-22, 21-9, kemudian menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di China pada April untuk fokus kepada pemulihan kecederaannya.
Dengan Kejohanan Dunia di Paris bakal berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos depan, Zii Jia perlu segera kembali bersaing untuk mendapatkan pemanasan badan yang berkualiti.
Terbuka Jepun dan Terbuka China (22 hingga 27 Julai) merupakan dua kejohanan besar terakhir sebelum Kejohanan Dunia. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#hantaran misteri
#perseorangan lelaki negara
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan