BANGKOK:Thailand merekodkan 230 kes baharu COVID-19 dan satu kematian hari ini dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,680 kes dan 70 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah 230 kes baharu itu, sebanyak 209 kes adalah jangkitan tempatan termasuk 126 kes melalui pengesanan kes aktif dan 21 kes import.
"Setakat ini, terdapat sebanyak 2,704 kes aktif di negara ini," katanya pada sesi taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Kes kematian membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun dari Bangkok disebabkan faktor kesihatan. Pesakit dikesan positif COVID-19 pada 30 Dis.
Pesakit menghidap radang paru-paru serta kegagalan buah pinggang dan meninggal dunia pada Khamis.
Wabak COVID-19 terbaru di Thailand telah merebak ke 60 wilayah dan lebih 7,400 kes dilaporkan mempunyai kaitan dengan sebuah pasa makanan laut di Samut Sakhon pada pertengahan Disember lepas.
Thaweesilp berkata CCSA bercadang untuk meningkatkan pengesanan kes aktif dalam kalangan pekerja migran di 28 wilayah terkawal termasuk Samut Sakhon, Bangkok, Chonburi dan Rayong.
"Kami berharap dapat mengurangkan jumlah pesakit tidak bergejala," katanya.
Sementara itu, Thaweesilp berkata pekerja asing di Thailand perlu menjalani ujian COVID-19 bagi memohon atau memperbaharui permit kerja mereka mulai bulan depan.
Beliau berkata ketika ini tidak ada keperluan untuk pekerja asing - tidak termasuk dari Myanmar, Laos dan Kemboja yang ingin melanjutkan permit kerja mereka untuk mendapatkan ujian COVID-19.
"Kementerian Buruh dalam proses memasukkan COVID-19 dalam senarai penyakit yang memerlukan pekerja asing menyerahkan sijil ujian mengesahkan mereka tidak dijangkiti wabak itu.
"Peraturan baharu dijangka berkuat kuasa bulan depan," katanya.
Bernama
Sat Jan 16 2021

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah 230 kes baharu itu, sebanyak 209 kes adalah jangkitan tempatan. - Gambar fail

Larangan burqa: Switzerland setuju larang tutup wajah
Keputusan rasmi sementara menunjukkan, langkah untuk meminda perlembagaan Switzerland diluluskan dengan margin 51.2 berbalas 48.8.

AWANI Ringkas: MH370 – Kerajaan sedia bincang pencarian semula

Hari Wanita 2021 | Hanya kita yang tahu kelebihan diri sendiri - Sherry Alhadad
Tidak mudah untuk berada dalam industri seni tanah air, namun itu bukan penghalang buat pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad untuk terus berjaya dalam industri seni.

AWANI Ringkas: PM berlepas ke Riyadh hari ini

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.71 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Wanita 2021 | Kesamarataan perlu bermula di rumah
Dalam sistem patriarki pada tahap keluarga, lelaki dilihat sering mendahului wanita dalam segala aspek. Namun, dalam era modenisasi, perspektif patriarki harus digantikan dengan perspektif kesamarataan. Justeru, pendedahan kepada nilai kesamarataan jantina harus bermula dalam keluarga sendiri, di mana ibu bapa digalakkan mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk hidup seiring dan saling membantu.

Hari Wanita Sedunia | Penyakit Autoimun bukan penghalang kejayaan
Dr Rebecca Wong Shin Yee, sememangnya suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sains bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Namun, siapa sangka insan yang tersenarai sebagai 2 peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University itu menanggung derita akibat penyakit Autoimun.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.59 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.59 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 ribu kes.

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Singapura bina ladang solar terapung
Ribuan panel solar disusun di perairan pantai Singapura dalam usaha republik itu membina ladang suria disebalik kekurangan kawasan lapang.

COVID-19: Kes positif hampir cecah 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.7 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM sifatkan peluang tunai umrah amanah, bukan keistimewaan peribadi
Perdana Menteri berkata beliau memahami kerinduan umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan kerinduan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pearly-Thianaah, juara Jelajah BWF di Terbuka Switzerland
Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."