KUALA LUMPUR: Tiada isu pilih kasih, golongan 'kayangan' atau artis.
Sebaliknya polis memberi jaminan tindakan sama akan dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi protokol operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata demikian ketika mengulas berhubung kes majlis pernikahan selebriti popular di sebuah hotel terkemuka dua hari lepas.
Noor Neelofa Mohd Noor, 32, melangsungkan perkahwinan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, pada Sabtu.
Menurutnya, kertas siasatan perlu dibuka terlebih dahulu kerana kes itu hanya diketahui selepas foto pelanggaran SOP itu tular di laman sosial.
Sebaliknya, tegas beliau, jika polis berada di lokasi majlis ketika ia sedang berlangsung, tindakan kompaun boleh dikeluarkan terus kepada semua yang didapati melanggar SOP ditetapkan.
"Kita hanya mendapat maklumat berlakunya pelanggaran apabila gambar tersebut tular, sebab itu kita perlu jalankan siasatan.
"Kalau on the spot semasa majlis itu ada aduan dan kita datang, maka pada masa itu, kita akan terus kompaun.
"Sebab itu kita panggil semua yang terlibat untuk datang ke balai, untuk beri kerjasama supaya kita boleh dapat melengkapkan siasatan.
"Kita akan rujuk kepada pendakwa raya apakah betul tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka.
"Penganjur perlu bertanggungjawab di atas majlis tersebut kerana gagal memastikan SOP itu dipatuhi.
"Mereka yang terlibat jika dikenal pasti melanggar SOP -- peserta, pengunjung atau mereka yang hadir -- juga boleh dikenakan tindakan mengikut SOP yang telah dikeluarkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berkenaan dengan majlis sosial iaitu majlia perkahwinan," kata Mohamad Zainal.
Beliau juga mengesahkan pegawai keselamatan hotel telah dipanggil memberi keterangan semalam manakala pihak penganjur majlis pula akan dipanggil hari ini.
Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Sarang di ibu negara awal pagi tadi.
Astro Awani
Mon Mar 29 2021
Penganjuran majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz didakwa tidak mematuhi SOP ditetapkan Kerajaan. -Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
"Kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran."
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.
'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.
"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.
Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.