awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
KPKM laksana kajian khusus nilai struktur beras negara lindungi pesawah, pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada rancangan atur penerbangan bawa pulang warga AS di Malaysia - Kedutaan

Bernama
Bernama
18/04/2020
04:41 MYT
COVID-19: Tiada rancangan atur penerbangan bawa pulang warga AS di Malaysia - Kedutaan
Jurucakap Kedutaan AS berkata, warganya yang mahu pulang perlu membuat perancangan secepat mungkin, menggunakan penerbangan komersial. - Gambar fail
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak berhasrat mengatur penerbangan menghantar pulang warganya di Malaysia buat masa ini, di tengah-tengah wabak COVID-19, memandangkan penerbangan komersial masih ada, kata seorang jurucakap Kedutaan AS di Malaysia.
Jurucakap itu berkata, warga AS yang mahu pulang perlu membuat perancangan secepat mungkin, menggunakan penerbangan komersial, kecuali mereka bersedia untuk terus berada di negara ini untuk tempoh yang tidak dapat ditentukan.
"Kami bersyukur kerana penerbangan komersial masih ada walaupun sangat terhad. Jadi penerbangan membawa pulang tidak diaturkan buat masa ini," kata jurucakap itu menerusi kenyataan kepada Bernama.
Sementara itu katanya, warga AS dilihat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa di negara ini.
"Kami sangat menghargai sokongan berterusan Malaysia kepada rakyat Amerika dan kedutaan AS dalam masa yang mencabar ini," katanya.
Sebarang bantuan kecemasan atau pertanyaan, warga AS di Malaysia boleh menghubungi talian 60-3-2168-5000 atau e-mel [email protected]. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#kerajaan Amerika Syarikat
#Malaysia
#penerbangan komersial
#perintah kawalan pergerakan
#warga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan