PUTRAJAYA : Mana-mana individu yang dijangkiti dan sedang menjalani kuarantin di kediaman atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dipakaikan gelang peranti pengesanan berteknologi tinggi mulai 11 Mac ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, turut akan dipakaikan gelang pengawasan berkenaan adalah Individu Dalam Pengawasan (PUS) dan disyaki berkontak rapat dengan pesakit COVID-19 (PUI).
Katanya, jenis alat peranti akan dimaklumkan secara terperinci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pelaksanaan pemakaian gelang tersebut termasuk dalam Seksyen 15A, iaitu lima peruntukan baharu dan dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
"Untuk mereka tiga kategori ini sama ada diberikan perantin pengesanan teknologi terkini ataupun gelang tangan pengawasan jika mereka berada di hospital.
Untuk gelang pengawasan ini hanya digunakan kepada mereka yang berada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau rumah.
"Ini kerana bila kita buat pengawasan di rumah menggunakan peranti tersebut, ia akan lebih mudah. Tetapi kalau di hospital, kita gunakan gelang tangan atau gelang pengawasan seperti di hospital," katanya dalam dalam sidang media pada Rabu.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Di bawah Ordinan Seksyen 15A, penalti akan dikenakan ke atas individu jika alat peranti pengesanan dimusnahkan, dirosakkan atau diubah.
Selain seksyen tersebut, peruntukan baharu termasuk Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah; Bahagian IVA - Penguatkuasaan; Seksyen 22A - Kesalahan Oleh Pertubuhan Perbadanan; Seksyen 31 - Kuasa Membuat Peraturan-Peraturan
Manakala lima pindaan perntukan sedia ada adalah; Seksyen 2 (1) - Taksiran Pegawai Diberi Kuasa; Seksyen 2 (1) - Tafsiran Pegawai Kesihatan Persekitaran; Seksyen 10 - Kehendak Supaya Memberitahu Tentang Penyakit Berjangkit dan Seksyen 24 - Penalti Am dan Seksyen 25 - Pengkompaunan Kesalahan.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 03 2021
Menurut Dr Adham, tiga kategori individu akan diberikan gelang tersebut bagi tujuan pengawasan. - Astro AWANI
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
Norway akan terima pesakit dari Gaza
Jonas Gahr Store pada Khamis mengesahkan bahawa negara Nordik itu akan menerima dan merawat warga Palestin yang cedera dari Semenanjung Gaza.
Rawatan Zon Hijau HSA ditutup sementara untuk tampung pesakit Zon Kuning, Merah - Pengarah
Perkhidmatan rawatan di zon itu telah dibuka semula pada hari sama sekitar 5 petang meskipun notis pemakluman menyatakan ia ditutup dari 2 petang hingga 9 malam.
Tambah baik sistem regulatori tingkat akses pesakit kepada ubat selamat dan berkesan - KKM
Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata antara aspek GFRP yang telah dikemaskini adalah peluasan skop produk merangkumi ubat generik.
Hampir lima juta pesakit terima rawatan di IJN sejak ditubuhkan
IJN tiada masalah bagi menampung kapasiti tersebut berikutan mempunyai kakitangan serta kelengkapan fasiliti yang mencukupi.
15 pusat Dialisis Mesra Selangor bakal beroperasi tahun depan
Sebanyak 15 pusat Dialisis Mesra Selangor bakal beroperasi tahun hadapan dengan pertambahan 10 pusat baharu bagi menampung keperluan pesakit di negeri ini.
MRT HKL mudahkan warga kota, pesakit dapatkan rawatan
Stesen MRT HKL antara yang mesra pengguna dan dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter.
Tiada penyakit Marburg dikesan pada pesakit di Sepanyol
Dia telah dipindahkan dari hospital swasta ke unit pengasingan di Hospital La Fe di Valencia semasa ujian dijalankan.