BAGAN SERAI:Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar dan SK Klebang Jaya serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Chemor, kedua-duanya di Ipoh.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas.
"Surat arahan penutupan sekolah selama tujuh hari sehingga 25 Okt sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan diedarkan ke sekolah terbabit bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Penutupan terbaharu itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di Perak disebabkan terdapat jangkitkan wabak COVID-19 membabitkan guru dan pelajar adalah sebanyak empat termasuk SK Lekir Batu 8 di Sitiawan, Manjung yang ditutup tujuh hari sejak 14 Okt lepas.
Sementara itu, enam sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang ditutup tujuh hari sejak 12 Okt iaitu SMK King Edward VII; SMK (P) Treacher Methodist; SK Convent Kota; SMK Bukit Jana, Kamunting dan SK Taman Jana, Kamunting yang semuanya di Taiping serta SK Ulu Mengkuang, Selama dibuka semula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020

Razman berkata pihaknya dimaklumkan pelajar terbabit disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 16 Okt lepas. - Gambar fail/Facebook Razman Zakaria

China Akan Tambah Ladang Berpiawaian Tinggi
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China menyasarkan untuk mewujudkan 6.7 juta hektar tanah ladang berpiawaian tinggi pada tahun ini dengan sejuta hektar akan mempunyai kemudahan pengairan cekap.

Mahkamah | Dua lelaki lari dari polis didakwa di mahkamah
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Kemelut UMNO-Bersatu | GPS tidak terjejas, hanya mahu kerajaan stabil
Keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan menjejaskan pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS). Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya ingin satu kerajaan pusat yang stabil untuk kebaikan semua.

Kenyataan Media | Ketua Pegawai media BN digantung tugas
Selepas kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berkenaan syor agar Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar Sidang Parlimen diadakan dalam kadar segera.Satu kenyataan media daripada Barisan Nasional (BN) pula hari ini dikeluarkan Setiausaha Eksekutif, Mohamad Sahfri Ab Aziz yang menjelaskan bahawa terdapat sedikit kekeliruan berlaku ketika kenyataan Ahmad Zahid disiarkan.

Jenayah | Bunuh isteri gara-gara cemburu
Misteri kehilangan seorang wanita melayu terungkai apabila mayat mangsa ditemui didalam tong air dan ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi pada Khamis. Susulan penemuan tersebut polis menahan dua suspek lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan.

Politik | UMNO Sabah tetap jalin kerjasama dengan Bersatu
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setahun Malaysia Prihatin | KPM tekad lonjak pendidikan negara
Siapa sangka amanah yang diberikan untuk menerajui Kementerian Pendidikan setahun lalu terpaksa ditempuhi dengan seribu satu onak duri. Bagaimanapun, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin tekad memastikan kementerian yang bertanggungjawab mencorak dan merangka sistem pendidikan negara itu tidak akan terjejas demi anak bangsa.

Piala Sumbangsih | Kehangatan pertembungan JDT-KDA FC
Pastinya dalam situasi norma baharu pembabitan penyokong ke-12 tidak dapat dirasai dalam perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih antara JDT dan KDA FC malam ini. Bagaimanapun, bagi penyokong JDT mereka ada cara tersendiri untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka. Kita terus ke Johor bahru bersama Wakil Astro AWANI Johor Siti Nur Aqiela Omar...ada periciannya.

Politik | Komponen BN nafi kenyataan Zahdi
Pemimpin parti komponen Barisan Nasional menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung titah Yang Di-Pertuan Agong berhubung persidangan parlimen. Ketiga-tiga presiden parti komponen BN menjelaskan, apa yang dinyatakan oleh Zahid dalam kenyataan media pada Khamis adalah tidak tepat.

China Promosi Penggunaan BDS untuk Pasaran Global
China akan terus memperbaiki Sistem Satelit Navigasi Beidou (BDS) dan mempromosikan penggunaannya dalam pelbagai industri di peringkat global. Pejabat pengurusan Sistem Navigasi Satelit China memberitahu, Sistem Satelit Navigasi Beidou-3 telah beroperasi secara stabil dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna global sejak dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai tahun lalu.

COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.