Strategi kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha menangani wabak COVID-19 berada di landasan yang betul dipuji oleh seorang pakar Indonesia.
Pakar Komunikasi dan Penggiat Literasi Media Santi Indra Astuti, yang sejak awal perlu akur pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang turut mengenal pasti tiga langkah utama yang menjayakan strategi dalam melawan COVID-19 iaitu narasi tunggal, ketelusan dan akamodatif.
1) Penyampaian arahan tunggal
Jelas Santi, kerajaan Malaysia cekap untuk memastikan maklumat yang disampaikan itu hanya daripada satu sumber, lantas mengelak kecelaruan dalam penyampaian maklumat.
"Pertama adalah narasi (penyampaian maklumat) tunggal daripada pemerintah, tiada yang berbeza-beza arahan.
"Maka, kalau (di Malaysia) Perdana Menteri mengatakan sesuatu, ia dituruti oleh pihak (atau agensi berkaitan) yang di bawahnya.
"Bukannya menteri ini menterjemahkan ini, dan menteri itu menterjemahkan yang lain pula.
"Kalau mereka di Indonesia masih tertanya-tanya sama ada lockdown atau tidak, dilakukan PSBB (Perbatasan Sosial Berskala Besar) atau tidak atau ada peraturan lain.
"Di Malaysia pula tidak ada pertanyaan sebegitu... terus melakukan lockdown (Perintah Kawalan Pergerakan)," ujarnya.
Tegas Santi, penyampaian maklumat tunggal itu sangat penting, dan sekali gus tidak membuatkan rakyat menjadi bingung.
2) Ketelusan
Faktor kedua katanya, kerajaan Malaysia bersifat telus mengenai keadaan sebenar dan memaklumkan langkah yang bakal diambil.
Malaysia sejak awal menyedari hakikat penularan dan ancaman wabak ini, maka tindakan selanjutnya diambil berdasarkan perkembangan pada waktu keputusan diambil, tanpa berdolak-dalik mengenainya.
Mungkin keputusan yang diambil itu salah, kata Santi, tapi COVID-19 juga sesuatu yang baharu (maka keputusan dibuat berdasarkan situasi yang dihadapi).
"Sehari setelah kami di bawah perintah PKP di kampus, kami dikehendaki menyertai penstriman langsung di peringkat universiti, dan ia terbuka kepada semua pihak dalam universiti untuk memberi komentar dan mengajukan pertanyaan," kongsi Santi.
Santi yang kagum dengan keterbukaan itu berpendapat, langkah itu membolehkan orang ramai bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang perubahan yang tidak dijangka.
Maka, secara keseluruhan, konsep itu membuatkan rakyat Malaysia tidak berbalah, contohnya kelmarin (dikatakan) begini, sekarang begini (pula).
3) Cari penyelesaian
"Tidak boleh reaktif, tetapi accommodative (bersifat mencari penyelesaian)," tegas Santi.
Santi memberi contoh langkah kerajaan Malaysia yang bukan sahaja meletakkan pelitup mulut dan hidung dalam senarai barangan harga kawalan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan, malah hukuman yang dikenakan ke atas pelaku juga tegas.
"Kalau di Indonesia, undang-undang perdagangan itu hanya mengatur beberapa perkara, maka pihak yang mencatut pelitup hidung dan mulut hanya ditangkap untuk diberi peringatan sahaja," jelasnya.
Shafizan Johari
Sat May 23 2020

Ketelusan kerajaan dalam menangani isu COVID-19 penting demi membolehkan orang ramai bersiap sedia berdepan sebarang perubahan yang tidak dijangka. - Gambar fail

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

APM | Graduan universiti digalak sertai APM
Golongan belia dan graduan universiti di Kedah dipelawa untuk menyertai angkatan pertahanan awam memandangkan pasukan itu memerlukan lebih 1,000 anggota tahun ini sebagai tambahan kepada keanggotaan sedia ada. Menurut Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (Pa) Awang Askandar Ampuan Yaacob, pihaknya mencari anggota yang berkualiti dan mereka akan diberi latihan, pakaian seragam serta dibayar elaun mengikut kiraan tugas setiap hari.

Susah dapat kerja? Ini 10 dapatan tinjauan Robert Walters
Majikan mahu calon yang berpengetahuan luas termasuk pemahanan mendalam tentang interaksi ruang digital dalam industri mereka.

Peralihan jawatan Presiden AS hanya tukar pemain, corak permainan masih sama - Hadi Awang
Abdul Hadi melihat Biden tetap meneruskan polisi yang sama, dengan perubahan mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi kebangkitan semula umat Islam.

Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Pengambilan pekerja akan lebih tertumpu kepada bidang seperti strategi perniagaan, pendigitalan, penjagaan kesihatan dan tenaga diperbaharui

AWANI Ringkas: Faktor turun naik Indeks Persepsi Rasuah | FB catat untung semasa penularan COVID-19

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS). Ikuti saranan Pakar Ortopedik mengenai penyakit ini.

COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mertua meninggal dunia
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya positif COVID-19 manakala ibu mertuanya meninggal dunia akibat pandemik itu.

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS).

Rasuah | Jangkaan indeks persepsi rasuah 2020
Ketika negara berdepan isu politik, pertukaran kerajaan, isu kesihatan dan ekonomi, adakah indeks persepsi ini akan terus dapat kita pertingkatkan? Dan untuk bercakap mengenai perkara ini kita akan bersama, Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar

Susah dapat kerja? Ini 10 dapatan tinjauan Robert Walters
Majikan mahu calon yang berpengetahuan luas termasuk pemahanan mendalam tentang interaksi ruang digital dalam industri mereka.

Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Pengambilan pekerja akan lebih tertumpu kepada bidang seperti strategi perniagaan, pendigitalan, penjagaan kesihatan dan tenaga diperbaharui

COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mertua meninggal dunia
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya positif COVID-19 manakala ibu mertuanya meninggal dunia akibat pandemik itu.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.

Jangan jadikan darurat satu isu, bebaskan Malaysia daripada COVID-19 dahulu - Pakar undang-undang
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.

Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan, tetap anjurkan
Jelas Bach, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

Thaipusam: Polis kerah 28 anggota, kawal ketat Kuil Sri Subramaniam
Anggota dari Rela turut diarahkan mengawal pintu utama dan belakang supaya tiada penganut yang cuba menceroboh masuk ke dalam kuil.

Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.