awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wu Kang-Ren dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA 2025

Bernama
Bernama
15/11/2025
15:57 MYT
Wu Kang-Ren dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA 2025
Wu Kang-Ren memenangi kategori itu menerusi wataknya dalam filem Abang Adik.
KUCHING: Wu Kang-Ren merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025, di sini malam ini.
Beliau memenangi kategori itu menerusi wataknya dalam filem Abang Adik.
Seorang lagi pelakon Malaysia, Sweet Qismina turut cemerlang apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi lakonannya dalam filem Babah.
Filem produksi Malaysia Tegkang turut meraih Anugerah Khas Juri bersama filem Waiters dari Brunei.
Tenement, sebuah karya terbitan Kemboja, muncul filem terbaik festival.
Pemenang lain termasuk Yunita Siregar dari Indonesia yang diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam Home Sweet Loan manakala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menjadi milik aktor Filipina Ronnie Lazaro menerusi peranannya dalam The Gospel of the Beast.
Sementara itu, Pham Thien An dinobatkan Pengarah Terbaik bagi Inside the Yellow Cocoon Shell selain filem berkenaan membawa pulang Anugerah Penyuntingan Filem Terbaik.
Anugerah Lakon Layar Terbaik diberikan kepada produksi Filipina The Gospel of the Beast manakala Some Nights I Feel Like Walking juga daripada Filipina memenangi Sinematografi Terbaik.
Selain itu, Mbutik dari Indonesia meraih Anugerah Semangat ASEAN yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pembuat filem Filipina Lav Diaz menerima Anugerah Sepanjang Hayat AIFFA manakala pelakon Hong Kong Simon Yam merangkul Anugerah Inspirasi ASEAN, yang kedua-dua anugerah disampaikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelakon Lelaki Terbaik
#wu kang-ren
#AIFFA
#ASEAN
#festival filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan