awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/01/2021
10:25 MYT
COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Syarikat pembuat sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Berhad, sudah mengambil langkah yang sepatutnya sejak COVID-19 mula menular dalam negara.
Namun begitu, Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow berkata, penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar berbanding gelombang pertama dan kedua.
"Sejak mula COVID-19 melanda, kami hantar pekerja asing untuk menjalani saringan dan keputusannya negatif.
"Tetapi dalam saringan pada awal November, 10 pekerja dikesan positif. Ketika itu, wabak berkenaan memang sudah menular di kawasan Klang ini.
"Susulan itu, kami terus mengambil langkah yang sepatutnya seperti arahan Kementerian Kesihatan, iaitu melakukan saringan ke atas semua pekerja, mengkuarantinkan mereka dan membuka pusat kuarantin khas," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
COVID-19: Top Glove | Pengajaran daripada kluster Teratai
Kim Meow menambah, biarpun semua pekerja Top Glove sudah menjalani saringan dan operasi kilang diteruskan seperti biasa ketika ini, mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Kluster Teratai, yang dikaitkan dengan Top Glove, merupakan kluster terbesar negara, dengan kira-kira 7,000 individu dikesan positif.
"Ketika operasi kilang dihentikan sementara baru-baru ini, ia membabitkan kapasiti sebulan kerja atau kira-kira 2.5 bilion keping sarung tangan.
"Memang ada impak kewangan tetapi semuanya boleh diatasi, apatah lagi sekarang kilang sudah beroperasi seperti biasa," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Top Glove Corporation Berhad
#Kementerian Kesihatan
#operasi
#pekerja asing
#COVID-19
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan