PUTRAJAYA:Membina lebih banyak hospital tidak akan dapat menyelesaikan masalah COVID-19 sekiranya orang ramai tidak mengubah tingkah laku mereka, kata Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Beliau berkata dalam menangani pandemik itu, langkah awal perlu bermula dengan orang ramai mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan mempengaruhi mereka di sekeliling.
"Kita perlu mengubah tingkah laku kita. Kita perlu membantu, fikirkan petugas barisan hadapan yang berjuang, bekerja keras dan tertekan," katanya dalam sesi webinar bertajuk: Perniagaan Dalam Era COVID19: Menetapkan Semula Senario Perniagaan dengan COVID-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang bertindak sebagai moderator pada sesi berkenaan yang turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Associates Sdn Bhd Datuk Seri Idris Jala.
Dr Jemilah juga menzahirkan kebimbangan negara-negara kurang maju mempunyai akses yang terhad kepada vaksin COVID-19 kerana negara-negara kaya membeli lebih daripada yang mereka perlukan.
BACA: COVID-19: 5,725 kes baharu, jumlah kes di Malaysia lepasi angka 200,000
"Di mana kita akan mendapatkan vaksin kita jika semuanya dimonopoli oleh Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah? Di manakah peluang bagi negara yang kurang maju mendapatkannya?
"Hampir seperti aparteid, yang anda tahu, hanya orang yang memiliki sijil vaksin boleh melakukan perjalanan dan berniaga ketika negara membangun tidak memiliki akses," kata beliau sambil menambah bahawa keadaan itu menuntut penyusunan semula nilai-nilai asas dan kemanusiaan.
Sementara itu, Jala berkata COVID-19 muncul sebagai cabaran besar bagi perniagaan dengan perangkaan menunjukkan bahawa kira-kira 34,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini telah ditutup hingga Oktober tahun lepas.
Beliau yang menggesa syarikat supaya mencipta semula diri dengan mempraktikkan ESSA (Eliminate, Simplify, Standardize and Automate - menghapuskan, memudahkan, menyeragamkan dan mengautomasikan), berkata: "Saya selalu memberitahu orang, dalam krisis seperti ini, jangan sia-siakan peluang, orang tahu perlu melakukan ESSA. Saya percaya menjadi suatu keperluan bagi setiap syarikat untuk melalui proses ESSA, sementara masih dalam proses sekatan pergerakan. "
Beliau mencadangkan agar kerajaan dan syarikat mengambil pendekatan secara usaha sama untuk beralih kepada digital dan memberi contoh tahun lepas sahaja, Amazon mencatat kenaikan 34 peratus dalam jualan global kepada US$330 bilion, manakala Alibaba mencapai jualan US$74 bilion dalam hanya sehari pada November.
"Ini adalah peluang besar bagi Malaysia untuk melonjak ke depan dalam digital, ia tidak boleh dilakukan oleh kerajaan, dengan bersendirian melakukan semua infrastruktur. Syarikat perlu bersama-sama dan mengambil kesempatan ini, daripada meratap tentang COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021
DR JEMILAH: Kita perlu membantu, fikirkan petugas barisan hadapan yang berjuang, bekerja keras dan tertekan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
WEF2023: Model ekonomi berasaskan KDNK mungkin sudah tak relevan - Dr Jemilah Mahmood
Kemajuan sesebuah negara itu bergantung kepada kesejahteraan rakyatnya, bukan berapa banyak perolehan kewangannya semata-mata.
MPRA 2022 nobat Dr Jemilah Mahmood Ikon Kepimpinan, Siti Nurhaliza Ikon Komuniti
PRCA Malaysia menobatkan Pengasas Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Ikon Kepimpinan, dan artis Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai Ikon Komuniti di MPRA 2022.
Sistem kesihatan negara yang bersifat dikotomi perlukan pembaharuan
Malaysia perlu melakukan pembaharuan dalam sistem kesihatan negara yang bersifat dikotomi iaitu pembahagian antara sektor kesihatan awam dan swasta.
Pastikan individu sekeliling pelajar divaksinasi sebelum mula sekolah - Dr Jemilah
Kepentingan pemvaksinan kepada ibu bapa, adik beradik dan guru perlu ditekankan sebelum sesi persekolah dibuka kelak.
COVID-19 mungkin jadi endemik, perlukan pendekatan berbeza - Dr Jemilah
Seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COVID-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, justeru pendekatan berbeza diperlukan untuk menanganinya.
COVID-19 dan kepentingan vaksinasi - Dr Jemilah
Satu-satunya harapan kita untuk kembali kepada tahap wabak yang terkawal adalah melalui program vaksinasi yang cekap diurus yang akan mempercepatkan kadar pelaksanaannya.
PKP: Ada hikmah di sebalik tidak dapat balik kampung - KSU KASA
Tidak dapat pulang berhari raya di kampung merupakan antara hikmah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumum baru-baru ini.
COVID-19: Pengurusan kesihatan awam yang baik bantu rendahkan kadar kematian - Dr Jemilah
Sektor kesihatan awam dilihat berjaya menunjukkan pengurusan yang baik dalam mendepani pandemik COVID-19 meskipun perang melawan wabak itu belum selesai.
COVID-19: Malaysia perlu lebih terperinci dengan analisis data - Dr Jemilah
Malaysia perlu lebih terperinci dalam analisis data untuk memahami dengan lebih baik kaedah menangani pandemik COVID-19, demikian menurut Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
COVID-19: Ubah tingkah laku bukan bina banyak hospital - Dr Jemilah
Membina lebih banyak hospital tidak akan dapat menyelesaikan masalah COVID-19 sekiranya orang ramai tidak mengubah tingkah laku mereka, kata Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.