KUALA LUMPUR:Ujian saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jelasnya, amalan terbaik adalah, ia mesti dilakukan dalam tempoh masa lima hingga tujuh hari selepas simptom dikenal pasti.
Ia sangat penting bagi mengesan kluster-kluster baharu dengan nilai jangkaan positif (PPV) tinggi pada ketika ini, katanya menerusi entri di akaun Twitter miliknya hari ini.
Selain itu, katanya ujian RTK-Ag juga perlu dilakukan apabila sistem perkhidmatan kesihatan negara mengalami bebanan yang lebih berat dari biasa.
Begitu juga, kata Dr Noor Hisham, tahap sensitiviti kit ujian RTK-Ag mesti dipastikan melebihi 80 peratus manakala kekhususannya lebih 97 peratus.
Menurutnya juga, kaedah ujian RTK-Ag diperlukan apabila ujian RT-PCR memakan masa sehingga 48 ke 72 jam atau apabila ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) tidak dapat dilakukan.
Semalam, Dr Noor Hisham berkata, pusat penilaian COVID-19 dijangka memulakan operasi minggu depan bagi menyelaras serta mengintegrasi hospital awam dan swasta dalam menguruskan kes pandemik itu di negara ini.
Katanya, Kementerian Kesihatan dijangka meningkatkan kapasiti makmal COVID-19 yang menjalankan ujian RT-PCR antara 100,000 hingga 150,000 setiap hari.
"Setakat ini, kita mempunyai 68 makmal yang menjalankan 70,000 ujian RT-PCR setiap hari dan keupayaan makmal ini akan dipertingkat.
"Kita juga akan tambah saringan COVID-19 dengan menggunakan RTK-Ag," katanya.
Hafizi Rosli
Fri Jan 22 2021

Ujian Saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih. - Gambar hiasan

Biden selar tindakan Gabenor Texas, Mississippi batal arahan pemakaian pelitup muka
Tegasnya, tindakan berkenaan berkenaan adalah satu kesilapan besar.

Rel penghadang bangunan runtuh, tujuh pelajar universiti maut
Sekurang-kurangya tujuh pelajar universiti maut manakala empat yang lain cedera dalam kejadian rel penghadang runtuh di Universiti Awam El Alto, di Lapaz, Bolivia.

Nelayan Vietnam cuba tetak anggota Maritim Malaysia cedera terkena tembakan
Padah menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggunakan parang, tiga nelayan Vietnam cedera terkena tembakan.

ICC buka kertas siasatan jenayah perang Israel terhadap Palestin
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) secara rasmi membuka kertas siasatan berhubung jenayah perang di wilayah Palestin.

Bekas hamba seks Perang Dunia Kedua desak Kerajaan Jepun mohon maaf
Lee Yong-Soo,meminta kerajaan Jepun untuk melakukan permohonan maaf secara rasmi kepadanya termasuk mangsa-mangsa lain.

COVID-19: Sudan terima 800,000 vaksin AstraZeneca
Lebih 800,000 dos vaksin AstraZeneca tiba di Bandar Khartoum.

Ahli, penyokong jangan lagi kecundang dengan muslihat parti lawan - Zahid Hamidi
Beliau juga percaya sebahagian rakyat yang pernah menolak parti berkenaan pada PRU14 telah mula sedar.

Rentas daerah sempadan dibenar dalam 6 zon di Sabah
Rentas sempadan dibenarkan mengikut enam zon yang telah ditetapkan, kecuali bagi daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syarikat pelancongan perlu mohon kebenaran sertai gelembung perjalanan di Sabah
Syarikat-syarikat pelancongan di Sabah yang mahu melaksanakan aktiviti 'travel bubble' perlu memohon kebenaran terlebih dahulu.

Mufti pandang serius isu Sajat, artis bangga mengaku jadi pondan
Datuk Dr Luqman Abdullah berkata kenyataan kontroversi itu dilihat memberikan kesan yang mendalam terhadap umat Islam di negara ini.

COVID-19: Sudan terima 800,000 vaksin AstraZeneca
Lebih 800,000 dos vaksin AstraZeneca tiba di Bandar Khartoum.

COVID-19: Kes positif global 115 juta, korban 2.55 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 28.75 juta kes.

Menteri ekonomi ASEAN cadang perkenal sijil vaksin digital bersama - Azmin
Tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan memandangkan perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat peringkat menteri kesihatan terlebih dahulu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Junjung titah Agong, segera panggil sidang Parlimen - Majlis Setiausaha PH
Proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara dikhuatiri akan semakin terhakis.

Lebih 8,000 pekerja asing jalani saringan, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan tumpuan dalam kenyataan media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.