KUALA LUMPUR:Soal kelangsungan hidup kumpulan masyarakat tidak bernasib baik yang amat memerlukan bantuan tatkala rutin seluruh rakyat tergendala susulan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) sejak Mac lepas, sering menganggu akal fikiran Kuan Chee Heng.
Ia benar-benar menyentuh hati dan menganggu fikiran Kuan, atau dikenali ramai dengan panggilan "Uncle Kentang", sehingga beliau pernah mengalami kemurungan, dan takut untuk keluar membeli barang keperluan.
"Saya terbaring, tidak dapat bangun sehingga lima hari," kata pesara polis berumur 57 tahun yang merupakan seorang dermawan yang cukup terkenal di media sosial Malaysia itu, dalam satu temu ramah dengan Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun Uncle Kentang bukanlah dermawan biasa yang menyampaikan sumbangan besar menerusi kutipan derma kebajikan, sebaliknya beliau biasanya bertindak 'turun padang' menyinsing lengan untuk berurusan terus dengan mereka yang kesempitan hidup.
Apabila sebuah keluarga tidak mampu menyediakan pengangkutan untuk majlis pengebumian, beliau melabur dalam perkhidmatan menyediakan van jenazah, walaupun beliau bukan seorang Muslim, dan beliau juga pernah melabur dalam membangunkan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin.
Satu lagi sumbangan kebajikannya adalah pengenalan 'Pasar 10 Sen' yang dibangunkan beliau bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli barang tertentu dengan bayaran hanya 10 sen.
Apabila pandemik COVID-19 tercetus dan PKP bermula, Kuan yang menghidap penyakit kencing manis menjadi bertambah bersemangat mencari jalan bagaimana beliau dapat terus membantu mereka yang memerlukan pertolongan, tanpa menjejaskan kesihatan beliau sendiri dan penerima sumbangan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan memastikan semua bentuk bantuan termasuk bungkusan-bungkusan makanan disanitasi terlebih dahulu sebelum diagihkan.
Uncle Kentang berpandangan penting bagi rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mengelak bahana virus berbahaya itu.
"Bagaimanapun masih ada yang dilihat tidak memakai pelitup muka di tempat awam, sekali gus membawa risiko besar kepada orang lain. Saya juga lihat mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di restoran dan gerai," katanya.
"Jika anda tidak sayangkan diri sendiri, bermakna anda juga tidak sayangkan keluarga anda," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Uncle Kentang berpandangan penting bagi rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mengelak bahana virus berbahaya itu. -Astro AWANI / Shahir Omar
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

COVID-19: Uncle Kentang terus gigih menyumbang
Ia benar-benar menyentuh hati dan menganggu fikiran Kuan sehingga beliau pernah mengalami kemurungan.

Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'
Ilham untuk mewujudkan perkhidmatan mencuci luka itu lahir lantaran melihat penderitaan yang dihadapi mereka yang meminta bantuan perkhidmatan ambulans sebelum ini.

Dengan niat murni saya, tuhan akan bantu - Uncle Kentang
"Walaupun tanpa dorongan dan sokongan parti saya yakin dengan niat murni saya, tuhan akan membantu saya," kata calon bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Semenyih, Kuan Chee Heng.

'Saya sudah menang di hati rakyat Semenyih' - Uncle Kentang
Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Kuan Chee Heng mendakwa sudah menang di hati penduduk setempat selepas satu minggu tempoh kempen bermula.

Segerakan undang-undang hukum anak abai ibu bapa
'Uncle Kentang' berkongsi kisah sewaktu beliau memandu van ambulans membawa seorang pesakit yang sedang nazak.

PRK Semenyih: Siapa sakit dan lapar, cari saya - Uncle Kentang
'Uncle Kentang' berkata tujuan beliau bertanding bukanlah untuk mendapat pengaruh politik tetapi untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan.

Saya bukan macai mana-mana parti politik - Uncle Kentang
Beliau bertegas untuk bertanding sebagai calon Bebas kerana ingin membantu rakyat dan bukan bermotifkan kepentingan diri.