awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin Pfizer disimpan dalam suhu sejuk beku biasa

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2021
02:31 MYT
COVID-19: Vaksin Pfizer disimpan dalam suhu sejuk beku biasa
Pfizer sebelum ini mengemukakan permohonan berdasarkan kajian kepada kestabilan vaksin itu di bawah suhu lebih panas.
PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan penyimpanan vaksin COVID-19 Pfizer pada suhu seperti penyejuk beku farmaseutikal biasa, untuk tempoh sehingga dua minggu.
Ini melonggarkan syarat sebelum ini yang mewajibkan vaksin itu disimpan pada suhu ultra-rendah, antara -80 darjah Celsius dan -60 darjah Celsius.
"Pfizer menyerahkan data kepada FDA untuk menyokong suhu alternatif ini bagi pengangkutan dan penyimpanan.
"Ia diharap dapat membantu mengurangkan beban mendapatkan alat kelengkapan simpanan suhu ultra-rendah dan membantu pengedaran vaksin dengan lebih meluas," kata Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologik FDA, Peter Marks.
Katanya, FDA akan mengemas kini kertas fakta kepada penyedia perkhidmatan kesihatan susulan ketetapan terbaharu itu.
Penyejuk beku farmaseutikal biasa lazimnya beroperasi pada suhu -20 darjah Celsius.
BACA: FDA rancang benarkan vaksin Pfizer-BioNTech disimpan dalam suhu lebih tinggi
Pfizer sebelum ini mengemukakan permohonan berdasarkan kajian kepada kestabilan vaksin itu di bawah suhu lebih panas.
Sebaik dinyah sejuk beku, ia boleh disimpan dalam peti ais dengan suhu antara dua dan lapan darjah Celsius, sehingga lima hari.
Ia boleh disimpan pada suhu bilik untuk tempoh tidak lebih dua jam.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer
#sejuk beku
#suhu
#farmaseutikal
#penyejuk beku
#FDA
#simpanan
#pengangkutan
#suhu ultra-rendah
#ultra-rendah
#pengedaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan