KUCHING: Varian Filipina atau varian P.3 virus COVID-19 dikesan di Sarawak, menurut Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG).
SCOVAG dalam satu kenyataan hari ini berkata varian itu dikesan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak dalam analisis penjujukan genom minggu lepas.
Pengarah IHCM Prof Dr David Perera berkata varian P.3 ditemukan dalam empat sampel diterima dari Kuching dan empat sampel dari Samarahan.
"Mutasi ini didapati mampu mengatasi keimunan daripada perlindungan menerusi pemvaksinan dan perlindungan jangkitan semula jadi serta mempunyai kebolehjangkitan lebih tinggi, " kata Perera yang juga ahli SCOVAG.
Sementara itu, Perera berkata penyebaran tidak terkawal virus COVID-19 akan menjurus kepada kemunculan lebih banyak varian yang mungkin mendatangkan kesan ketara ke atas keberkesanan vaksin dan kebarangkalian jangkitan yang lebih teruk.
COVID-VARIAN (SARAWAK) 2 (AKHIR) KUCHING
Beliau berkata perkembangan berterusan varian baharu COVID-19 menekankan keperluan untuk orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan mencapai imuniti kelompok menerusi program vaksinasi.
"Usaha ini akan membantu memperlahankan penyebaran virus dan mengurangkan peluang perkembangan varian akan datang di dalam komuniti," katanya.
Sejak wabak COVID-19 tercetus tahun lepas, IHCM berada di barisan hadapan menentang pandemik itu di negeri ini. Ia diberi tugas melakukan ujian sampel dan analisis penjujukan genom untuk mengesan perubahan di dalam virus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Varian Filipina atau varian P.3 virus COVID-19 dikesan di Sarawak, menurut Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG). - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Sarawak dibenarkan beli sendiri vaksin - Uggah
Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberi tanggungjawab melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut.