awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian Omicron kini dominan di Sarawak, gantikan Delta

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
06/02/2022
06:33 MYT
COVID-19: Varian Omicron kini dominan di Sarawak, gantikan Delta
Dedah Dr David, varian Omicron kini dilihat mendominasi sekali gus menggantikan varian Delta dalam penularan jangkitan COVID-19 di Sarawak.
KUCHING: Varian Omicron kini dilihat mendominasi sekali gus menggantikan varian Delta dalam penularan jangkitan COVID-19 di Sarawak, dedah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pengarahnya, Prof Dr David Perera berkata, kadar pengesanan keseluruhan kes positif COVID-19 varian Omicron di Sarawak telah mencapai 78 peratus daripada data pemerhatian yang dibuat pada 3 hingga 26 Januari tahun ini.
Menurutnya, 45 varian Omicron dan 13 varian Delta telah dikesan daripada 58 sampel yang diproses dalam tempoh tersebut.
“Kadar pengesanan 78 peratus varian Omicron daripada keseluruhan sampel itu sekali gus menggantikan Delta sebagai varian dominan di Sarawak.
“Sampel yang dikaji diperoleh daripada bahagian Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri yang juga majoritinya daripada BA. 1.1, namun jenis yang lebih mudah berjangkit iaitu BA. 2 dikesan membabitkan tiga kes di Kapit,” jelasnya.
Perkara itu dilaporkan ICHM UNIMAS kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Ahad.
Merangkap ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG), Dr. David berkata, kebanyakan kes di negeri itu dikesan melalui jangkitan di peringkat komuniti.
“Maka siapa yang belum belum mendapatkan suntikan penggalak dinasihatkan untuk melakukannya segera kerana kajian telah membuktikan vaksin penggalak perlu untuk meningkatkan paras amaran neutralisasi antibodi daripada jangkitan Omicron.
“Masyarakat perlu mematuhi sebaik-baiknya garis panduan (SOP) dan elakkan daripada mengadakan perjumpaan untuk mengelakkan jangkitan yang lebih jauh di peringkat komuniti,” katanya.
Topic Berkaitan
#varian omicron
#Delta
#Omicron dominasi Sarawak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan